Tajuk : Tips Ceria Sepanjang Hari
Link : Tips Ceria Sepanjang Hari
Selalunya keceriaan seseorang akan ditunjukkan melalui ekspresi wajah dan perlakuannya. Ceria adalah penting bagi meningkatkan semangat kita. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips ceria sepanjang hari.
Berfikiran positif
Pastikan anda sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan semua orang.
Memberi salam dan senyum
Beri salam apabila berjumpa rakan, saudara atau bos. Hadiahkan senyuman yang paling ikhlas kepada mereka.
Tunaikan hak Allah SWT
Jangan tinggalkan solat lima waktu. Peruntukkan waktu selepas solat untuk berdoa dan berzikir.
Berusaha yang terbaik
Laksanakan pekerjaan yang diamanahkan dengan tenang dan elakkan merungut. Berusahalah untuk buat yang terbaik, pasti hasilnya juga baik.
Memaafkan orang lain
Amalkan memaafkan orang lain pada setiap hari sebelum melelapkan mata pada setiap malam.
Oleh itu saya berharap agar perkongsian tips ceria sepanjang hari ini memberi manfaat kepada anda. Ingatlah bahawa keceriaan itu perlu diusahakan untuk memilikinya. Apabila telah memilikinya kita harus mengekalkannya.