Tajuk : Tips Rambut Cepat Panjang
Link : Tips Rambut Cepat Panjang
Rambut ada masanya mengambil masa untuk tumbuh menjadi panjang selepas ianya dipotong pendek. Tips rambut cepat panjang yang akan dikongsi ini boleh dicuba oleh anda yang ingin rambut panjang dengan cepat.
Tips Rambut Cepat Panjang - Sumber gambar vizag.cityurb.com |
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional. Beberapa tips rambut cepat panjang yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:
1. Tips rambut cepat panjang dengan menyikat rambut
Menyikat rambut dapat merangsang pengaliran darah di kulit kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.
2. Tips rambut cepat panjang dengan minyak zaitun
Sapukan minyak zaitun di kulit kepala anda dan urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam akar rambut.
3. Tips rambut cepat panjang dengan teh hijau
Urut kulit kepala anda dengan teh hijau dan biarkan ia selama 30 minit. Kemudian bilaslah rambut anda dengan air bersih.
4. Tips rambut cepat panjang dengan kurangkan penggunaan kimia
Pilihlah produk rambut yang kurang bahan kimia. Kandungan bahan kimia yang tinggi boleh membantutkan pertumbuhan rambut anda.
5. Tips rambut cepat panjang dengan elakkan mengikat
Longgarkan ikatan rambut anda bagi mengelakkan tekanan terhadap rambut. Jika memakai tudung, pastikan anda membiarkan rambut anda tanpa ikatan ketika berada di rumah.
Rambut adalah mahkota yang sangat bernilai kepada seseorang individu dan ianya perlu dijaga bagi memastikannya sentiasa sihat. Saya berharap agar perkongsian tips rambut cepat panjang ini bermanfaat untuk anda.