Selasa, 20 Januari 2015

Tips Rambut Cepat Panjang

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Rambut Cepat Panjang
Link : Tips Rambut Cepat Panjang

Baca juga


Rambut ada masanya mengambil masa untuk tumbuh menjadi panjang selepas ianya dipotong pendek. Tips rambut cepat panjang yang akan dikongsi ini boleh dicuba oleh anda yang ingin rambut panjang dengan cepat. 

Tips Rambut Cepat Panjang
Tips Rambut Cepat Panjang - Sumber gambar vizag.cityurb.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional. Beberapa tips rambut cepat panjang yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

1. Tips rambut cepat panjang dengan menyikat rambut
Menyikat rambut dapat merangsang pengaliran darah di kulit kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.

2. Tips rambut cepat panjang dengan minyak zaitun 
Sapukan minyak zaitun di kulit kepala anda dan urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam akar rambut.

3. Tips rambut cepat panjang dengan teh hijau
Urut kulit kepala anda dengan teh hijau dan biarkan ia selama 30 minit. Kemudian bilaslah rambut anda dengan air bersih. 

4. Tips rambut cepat panjang dengan kurangkan penggunaan kimia
Pilihlah produk rambut yang kurang bahan kimia. Kandungan bahan kimia yang tinggi boleh membantutkan pertumbuhan rambut anda. 

5. Tips rambut cepat panjang dengan elakkan mengikat
Longgarkan ikatan rambut anda bagi mengelakkan tekanan terhadap rambut. Jika memakai tudung, pastikan anda membiarkan rambut anda tanpa ikatan ketika berada di rumah. 

Rambut adalah mahkota yang sangat bernilai kepada seseorang individu dan ianya perlu dijaga bagi memastikannya sentiasa sihat. Saya berharap agar perkongsian tips rambut cepat panjang ini bermanfaat untuk anda. 

Isnin, 19 Januari 2015

Tips Banyakkan Susu Ibu

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Banyakkan Susu Ibu
Link : Tips Banyakkan Susu Ibu

Baca juga


Susu ibu kaya dengan zat untuk tumbesaran dan baik untuk imunisasi bayi. Tips banyakkan susu ibu yang akan saya kongsikan ini adalah secara semulajadi atau alami yang boleh dicuba oleh ibu yang mengalami masalah kurang susu. 

Tips Banyakkan Susu Ibu
Tips Banyakkan Susu Ibu - Sumber gambar moneycrashers.com
Penyusuan badan juga dapat mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan bayi. Beberapa tips banyakkan susu ibu yang boleh dicuba adalah seperti berikut:

1. Tips banyakkan susu ibu dengan daun sirih
Sapu minyak kelapa pada beberapa helai daun sirih. Layur dengan api sehingga ianya layu dan tekapkan pada payudara anda. 

2. Tips banyakkan susu ibu dengan daun betik muda
Rebus beberapa helai daun betik muda sehingga mendidih. Minumlah air rebusan berkenan dua hingga tiga kali sehari.

3. Tips banyakkan susu ibu dengan halia muda
Tumbuk halus halia muda dan makan bersama nasi panas bersama air asam. 

4. Tips banyakkan susu ibu dengan halba
Rendam satu sudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum air rendaman berkenaan.

5. Tips banyakkan susu ibu dengan longan kering
Rebus segenggam longan kering dengan tiga cawan air sehingga kembang. Kemudian minumlah airnya.

6. Tips banyakkan susu ibu dengan susu
Pastikan anda mengambil tiga hingga empat hidangan susu pada setiap hari. Seeloknya pilihlah susu kambing. 

Semoga perkongsian tips banyakkan susu ibu ini bolehlah anda cuba sendiri di rumah. Selain itu, pastikan anda makan secara seimbang bagi memastikan nutrien di dalam badan anda mencukupi dan elakkan dari tekanan.