Ahad, 8 Februari 2015

Aura Bunga Mengikut Warna

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Aura Bunga Mengikut Warna
Link : Aura Bunga Mengikut Warna

Baca juga


Setiap warna bunga-bungaan di sekeliling kita memiliki aura yang tersendiri. Aura bunga mengikut warna bertindak sebagai penghantar isyarat dalam bentuk getaran yang seterusnya memberi kesan terhadap emosi seseorang. 

Aura Bunga Mengikut Warna
Aura Bunga Mengikut Warna - Sumber gambar kamalakumar.blogspot.com
Ia juga berfungsi sebagai perisai halus yang melindungi dalaman tubuh supaya kekal sihat dan bebas dari unsur negatif. Bunga-bungaan yang digunakan ketika mandi bunga sering dikaitkan dengan mistik. Namun sebenarnya setiap bunga memiliki aura bunga mengikut warna seperti berikut:

1. Aura bunga mengikut warna merah
Warna merah berfungsi sebagai aura tahap kesihatan tubuh.

2. Aura bunga mengikut warna jingga 
Warna jingga berfungsi sebagai aura pengawal emosi dan perasaan manusia.

3. Aura bunga mengikut warna kuning 
Warna kuniing berfungsi sebagai aura minda luar sedar dan fizikal badan.

4. Aura bunga mengikut warna hijau 
Warna bhijau berfungsi sebagain aura pengalir tenaga dari dalam ke luar dan sebaliknya.

5. Aura bunga mengikut warna biru 
Warna biru berfungsi sebagai aura kesihatan tubuh fizikal.

6. Aura bunga mengikut warna indigo (biru nila)
Warna indigo berfungsi sebagai melampaui pancaindera dan membolehkan kita mendapat ilham.

7. Aura bunga mengikut warna violet (ungu)
Warna violet berfungsi sebagai aura yang menghubungkan tenaga alam terus ke lapisan aura. 

Ketujuh-tujuh gelombang warna ini bergetar dan memancarkan cahaya bagi keharmonian sistem rohani dan jasmani badan. Oleh itu, diharapkan perkongsian aura bunga mengikut warna ini bermanfaat untuk anda.

Sabtu, 7 Februari 2015

Petua Atasi Rambut Bercabang

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Atasi Rambut Bercabang
Link : Petua Atasi Rambut Bercabang

Baca juga


Masalah rambut bercabang bukan hanya terjadi kepada kaum wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Selain daripada mendapatkan rawatan di salun, anda sendiri boleh mengamalkan petua atasi rambut bercabang di rumah. 

Petua Atasi Rambut Bercabang
Petua Atasi Rambut Bercabang - Sumber gambar sheehair.blogspot.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional. Beberapa petua atasi rambut bercabang yang boleh anda praktikkan adalah seperti berikut:

1. Petua atasi rambut bercabang dengan memotong hujung rambut
Potong bahagian hujung rambut anda yang bercabang. Rambut anda juga akan kelihatan lebih kemas dan rapi selepas hujung bercabang dibuang. 

2. Petua atasi rambut bercabang ketika menyikat rambut
Sikat rambut anda dengan sikat bergigi jarang supaya dapat mengurangkan kecederaan kulit kepala anda dan kerosakan rambut. 

3. Petua atasi rambut bercabang ketika mengeringkan rambut
Seeloknya keringkan rambut anda secara semulajadi menggunakan tuala. Penggunaan pengering rambut pada suhu yang tinggi boleh merosakkan rambut.

4. Petua atasi rambut bercabang dengan mengelakkan air panas
Rambut akan kehilangan lembapan semulajadinya apabila dicuci dengan air panas dengan kerap. Seterusnya rambut akan menjadi kering dan bercabang.

5. Petua atasi rambut bercabang dengan perapi
Gunakan perapi rambut setiap kali selepas anda bersyampu. Perapi rambut berfungsi untuk mengurangkan kekusutan rambut dan melembutkan rambut.

6. Petua atasi rambut bercabang dengan mayonis
Sapukan satu sudu besar mayonis di rambut dan bungkus dengan shower cap selama 15 minit. Kemudian syampu rambut anda seperti biasa. Rambut akan menjadi lembut dan mudah diurus. 

Diharapkan perkongsian petua atasi rambut bercabang pada kali ini bermanfaat untuk anda. Berhati-hati memilih produk perawatan rambut yang terdapat di pasaran kerana terdapat produk yang mengandungi banyak bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.