Sabtu, 14 Februari 2015

Tips Membersihkan Wajah dengan Betul

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Membersihkan Wajah dengan Betul
Link : Tips Membersihkan Wajah dengan Betul

Baca juga


Membersihkan wajah bukan hanya menanggalkan sisa solekan, tetapi ianya juga penting bagi mengekalkan wajah yang sentiasa sihat dan segar. Diharapkan perkongsian tips membersihkan wajah dengan betul ini memberikan informasi kepada anda. 

Tips Membersihkan Wajah dengan Betul
Tips Membersihkan Wajah dengan Betul - Sumber gambar boldsky.com
Jika sebelum ini saya pernah kongsikan berkenaan tips solekan asas di dalam entri yang lalu. Beberapa tips membersihkan wajah dengan betul adalah seperti berikut:

Pemilihan produk pembersih

Pilih produk pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda bagi mengelakkan kulit wajah iritasi atau menjadi kemerahan. Berhati-hati memilih produk yang mengandungi bahan kimia dan baca label dengan teliti sebelum membeli. Seeloknya pilihlah produk yang berasaskan air dan bahan-bahan semulajadi. 


Bersihkan wajah mengikut keperluan

Bersihkan kulit wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika terlalu kerap membersihkan wajah, mungkin akan mengganggu proses penghasilan minyak semulajadi yang baik untuk kulit. Gunakan tiga jari di tengah tangan anda ketika membersih kulit wajah. 


Gunakan suhu air yang sesuai untuk wajah

Elakkan membersihkan wajah anda dengan menggunakan air panas kerana ianya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Seeloknya bersihkan wajah anda dengan air suam atau air suhu biasa. 


Bersihkan wajah dengan sempurna

Pori di wajah akan tersumbat jika anda tidak membersihkan wajah dengan betul. Pastikan anda membersihkan keseluruhan wajah dengan sempurna termasuklah di bahagian bawah rahang, hidung dan garis rambut.


Penggunaan skrub untuk pembersihan wajah

Elakkan menggunakan skrub untuk wajah anda secara kerap kerana ianya akan menyebabkan pengelupasan kulit yang seterusnya berlakunya iritasi kulit. Seeloknya gunakan dua kali seminggu. 


Mengeringkan wajah selepas dibersihkan

Lap dengan cara menekapkan tuala dengan lembut di wajah anda untuk mengeringkannya, bukan menggosoknya dengan tuala. Jika menggosok wajah dengan kasar, ianya akan menyebabkan tahap elastik kulit menurun dan seterusnya kulit menjadi kendur. 


Gunakan pelembap selepas membersihkan wajah

Gunakan pelembap selepas anda membersihkan wajah bagi memastikan ianya menyerap dengan dengan baik di kulit wajah. Sekiranya wajah dibiarkan kering dalam tempoh lama sebelum memakai pelembap, proses penyerapan bahan aktif ke kulit menjadi lebih sukar. 


Seharusnya pembersih wajah mampu menanggalkan kesan solekan dan mengekalkan kelembapan semulajadi kulit wajah anda. Oleh itu, diharap perkongsian tips membersihkan wajah dengan betul pada kali ini memberikan panduan asas kepada anda. 

Jumaat, 13 Februari 2015

Tips Memilih Aromaterapi

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memilih Aromaterapi
Link : Tips Memilih Aromaterapi

Baca juga


Aromaterapi telah mula digunakan sejak zaman dahulu. Aromaterapi mampu meningkatkan kesihatan tubuh di samping mempengaruhi emosi seseorang. Kini pelbagai jenis aromaterapi terdapat di pasaran. Tips memilih aromaterapi adalah berdasarkan kepada keadaan seseorang. 

Tips Memilih Aromaterapi
Tips Memilih Aromaterapi - Sumber gambar icare4autism.org
Sebelum ini dikongsikan berkenaan aura bunga mengikut warna di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips memilih aromaterapi yang sesuai dengan keadaan adalah seperti berikut:

1. Tips memilih aromaterapi untuk meningkatkan penumpuan
Rosemary mampu meningkatkan penumpuan minda. Menurut kajian oleh International Journal of Neuroscience, responden menunjukkan penumpuan yang lebih baik selepas menghidu haruman Rosemary. 

2. Tips memilih aromaterapi untuk mengawal nafsu makan
Aromaterapi Vanila mampu mengawal nafsu makan makanan manis. Menurut Hospital St. George, London, haruman Vanila merangsang fungsi hormon serotonin (menghilangkan keinginan makan makanan manis).

3. Tips memilih aromaterapi ketika sedang tertekan
Bagi individu yang mengalami tekanan, pilihlah aromaterapi Lavender. Menurut jurnal Psychiatry Research, dengan menghidu Lavender selama lima minit mampu menurunkan tahap hormon kortisol (hormon yang terhasil semasa tertekan).

4. Tips memilih aromaterapi ketika demam selesema
Aroma Eucalyptus boleh mengubati sakit demam selesema. Kandungan eucalyptol di dalam aromaterapi ini membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak mereka.

5. Tips memilih aromaterapi ketika pra mentsruasi
Aromaterapi German chamomile dapat meredakan senak perut dan sindrom pra mentsruasi yang dialami oleh wanita. Haruman ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot di sekitar rahim.

Semoga perkongsian tips memilih aromaterapi ini bermanfaat sebagai rujukan asas anda memilih haruman aromaterapi yang sesuai dengan keadaan diri anda. Di dalam artikel yang akan datang akan dikongsikan mengenai cara menggunakan aromaterapi