Tajuk : Penyebab Kerosakan Rambut
Link : Penyebab Kerosakan Rambut
Setiap individu pasti ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik bersinar. Kerosakan rambut bukan hanya terjadi kepada kaum wanita, golongn lelaki juga tidak terkecuali. Pada kali ini akan dikongsikan mengenai penyebab kerosakan rambut.
Penyebab Kerosakan Rambut - Sumber gambar m2hair.wordpress.com |
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua memilih makanan untuk kesihatan rambut di dalam artikel yang lalu. Beberapa penyebab kerosakan rambut adalah seperti berikut:
1. Penyebab kerosakan rambut akibat hormon
Perubahan hormon dan kadar metabolisme badan boleh menyebabkan kerosakan rambut.
2. Penyebab kerosakan rambut akibat trauma
Trauma terjadi jika terdapat rangsangan kuat akibat rambut ditarik, direntap atau terdedah kepada suhu terlalu ekstrem.
3. Penyebab kerosakan rambut akibat tekanan
Tekanan menyebabkan kerosakan akar rambut. Selalunya jika kuantiti rambut rosak 100-150 helai sehari, ianya adalah masih normal.
4. Penyebab kerosakan rambut akibat cuaca panas
Cuaca panas yang terlalu ekstrem atau rawatan kimoterapi juga boleh menyebabkan kerosakan rambut.
5. Penyebab kerosakan rambut akibat kelemumur
Kelemumur akan melemahkan akar rambut serta menyebabkan rambut rosak dan tidak bermaya.
6. Penyebab kerosakan rambut akibat meluruskan rambut
Kekerapan meluruskan rambut akan merosakkan akar rambut kerana pelbagai bahan kimia digunakan.
7. Penyebab kerosakan rambut akibat penggunaan syampu yang salah
Sesetengah syampu membuatkan rambut menjadi kering dan rosak. Seeloknya pilih syampu yang kurang menggunakan bahan kimia. Boleh juga mencuba petua merawat rambut secara tradisional seperti dalam artikel yang lalu.
Kerosakan rambut bagi individu yang berusia 45 tahun ke bawah masih boleh dirawat dengan kaedah rawatan yang intensif. Diharap perkongsian penyebab kerosakan rambut pada kali ini memberikan informasi kepada anda.