Ahad, 10 Mei 2015

Petua Tampil Cantik dengan Pantas

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Tampil Cantik dengan Pantas
Link : Petua Tampil Cantik dengan Pantas

Baca juga


Setiap manusia dikurniakan kecantikan sejak dilahirkan. Menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan menyuburkan kecantikan itu agar ianya terus berkekalan walaupun telah dimamah usia. 

Petua Tampil Cantik dengan Pantas
Petua Tampil Cantik dengan Pantas - Sumber gambar hdwallpapaers.im
Semua orang pasti ingin tampil cantik dan menarik. Beberapa petua tampil cantik yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

Tampil Cantik dengan air putih

Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter setiap hari. Air yang mencukupi adalah perlu bagi mengelakkan kekeringan dan menyingkirkan toksin keluar dari badan. 


Tampil cantik dengan bersenam

Lakukan senaman secara berkala sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. Antara senaman yang boleh dilakukan seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, menari dan aerobik. 


Tampil cantik dengan tidak merokok

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi juga memburukkan kecantikan anda serta menyebabkan kulit menjadi kering. 


Tampil cantik dengan pemakanan seimbang

Makan secara seimbang mengikut keperluan tubuh anda. Biasakan diri dengan penuhkan pinggan dengan sayur terlebih dahulu, kemudian tambah hanya sedikit nasi dan lauk. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 


Tampil cantik dengan penjagaan wajah

Lakukan penjagaan wajah secara rutin iaitu membersih, menyegar dan melembap kulit wajah dua kali sehari. Pastikan sisa solekan di wajah anda dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan pori-pori kulit tersumbat. 


Tampil cantik dengan menjaga emosi

Kawal tekanan emosi anda secara positif, ingatlah bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jaga hubungan baik anda dengan Allah SWT dan manusia lain. Sentiasa bersangka baik dengan orang lain. 


Tampil cantik dengan sentiasa ceria
Selain daripada kecantikan luaran, kecantikan dalaman diri juga perlu dijaga. Keceriaan di wajah akan terpancar dari dalam hati yang ikhlas. Berikan salam kepada orang lain dan sedekahkan senyuman kepadanya. 

Oleh itu, untuk tampil cantik seharusnya anda menjaga kecantikan luaran dan dalaman diri. Apabila kedua-duanya seimbang, pasti anda akan tampil cantik dan menarik. Hargailah kecantikan yang dikurniakan oleh tuhan. 

Tips Memujuk Suami Merajuk

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memujuk Suami Merajuk
Link : Tips Memujuk Suami Merajuk

Baca juga


Bukan sahaja isteri yang suka merajuk. Suami juga ada masanya akan merajuk mungkin disebabkan layanan isteri yang kurang baik dan tambahan pula emosi suami tidak stabil disebabkan sedang tertekan, lapar, kurang tidur atau marah. 

Tips Memujuk Suami Merajuk
Tips Memujuk Suami Merajuk - Sumber gambar sdkeluarga.karangkraf.com
Isteri adalah insan paling rapat yang bertanggungjawab untuk memujuk suami. Beberapa tips mudah yang boleh dicuba untuk memujuk suami anda yang sedang merajuk adalah seperti berikut: 

Pujuk suami dengan mengalah

Jika suami anda sedang marah jangan sesekali anda membalasnya, sebaliknya bersabarlah dan mengalah. Mengalah tidak semestinya anda kalah, sebaliknya menunjukkan anda seorang yang kuat. 


Pujuk suami dengan layanan

Jika anda tahu punca suami merajuk kerana kesilapan anda, minta maaf dengannya dan jangan sesekali anda mengulangi kesilapan yang sama. Pujuk suami dengan layanan romantik dan masakkan makanan kesukaannya. 


Pujuk suami dengan berdoa

Kekuatan hati adalah sangat diperlukan ketika menghadapi suami yang sedang merajuk. Kekuatan ini boleh diperoleh jika anda selalu mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melalui doa. 


Oleh itu, merajuk dan memujuk adalah perkara normal bagi suami dan isteri di dalam mengeratkan hubungan kasih sayang. Yang penting jangan berputus asa untuk terus memujuk suami anda yang sedang merajuk