Ahad, 5 Julai 2015

Awasi Tahap Kesihatan Anda

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Awasi Tahap Kesihatan Anda
Link : Awasi Tahap Kesihatan Anda

Baca juga


Tahukah anda, kemampuan fizikal boleh menjadi penanda aras tahap kesihatan anda? Secara luaran anda mungkin kelihatan cergas dan sihat, namun tiada siapa tahu mengenai tahap kesihatan sebenar anda. 

Awasi Tahap Kesihatan Anda
Awasi Tahap Kesihatan Anda - Sumber gambar redorbit.com
Apa kata anda periksa sendiri tahap kesihatan berdasarkan kepada keadaan seperti berikut:

Mampu menaiki tangga

Jika anda berasa semput ketika menaiki tangga ke tingkat satu, itu bermakna badan tidak cergas dan kurang bersenam. Banyakkan bersenam bagi mencergaskan tubuh dan melancarkan sistem pernafasan anda. 


Tidak tahan bau rokok 

Jika anda tidak tahan bau rokok, ini adalah petanda yang baik kerana anda pasti akan menjauhi perokok. Individu yang menghidu bau asap rokok lebih berisiko mendapat penyakit seperti kanser berbanding perokok. 


Makan makanan ringan

Sekiranya anda makan makanan ringan seminggu sekali, itu adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan anda. Individu yang kerap makan makanan ringan lebih berisiko untuk menghidap penyakit seperti obesiti dan kencing manis. 


Ukuran lilit pinggang

Pastikan ukuran lilit pinggang anda kurang daripada 35 inci. Ukuran lilitan pinggang melebihi itu berisiko untuk anda menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.


Bibir dan kulit kering

Pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter sehari bagi memastikan bibir dan kulit anda sentiasa lembap. Kekurangan air dalam badan juga menyebabkan tubuh cepat lesu dan pening kepala. 


Gusi berdarah 

Awas jika gusi anda berdarah ketika memberus gigi, mungkin ianya petanda terdapat jangkitan pada gusi. Atau mungkin juga ianya berkaitan dengan radang arteri dan masalah jantung. 


Berat badan tidak stabil

Jika anda mengamalkan diet ‘yoyo’, berat badan anda akan kerap turun dan naik. Hati-hati jika berat anda naik dan turun melebihi lima kali kerana sistem imun badan mungkin menjadi lemah berbanding individu yang memiliki berat badan stabil. 


Oleh itu, pastikan tahap kesihatan anda sentiasa berada di tahap yang baik serta memuaskan dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu melalui pengambilan makanan yang seimbang dan melakukan senaman secara teratur.

Contoh Surat Menolak Tawaran Kerja

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Contoh Surat Menolak Tawaran Kerja
Link : Contoh Surat Menolak Tawaran Kerja

Baca juga


Sebelum ini telah dibincangkan mengenai menolak tawaran kerja di dalam artikel yang lalu. Menulis surat menolak tawaran kerja perlulah sopan, ringkas dan tepat. Pasti ada mahu orang lain menilai diri anda seorang yang profesional.

Contoh Surat Menolak Tawaran Kerja
Contoh Surat Menolak Tawaran Kerja
Berikut contoh surat menolak tawaran kerja:

Pengurus FELDA
Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney, 
54000 Kuala Lumpur
1 Julai 2015

Tuan,

Terima kasih kerana telah menawarkan kepada saya jawatan sebagai Pengurus Ladang di FELDA. Namun pada masa kini saya telah menerima tawaran kerja dengan syarikat lain. 

Saya amat menghargai usaha tuan yang telah sudi menemuduga saya dan berkongsi maklumat berkenaan peluang kerja di agensi tuan. 

Pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 


(Tanda tangan)
Rozan Razak
Tel: 03-95449977
Email: rozan_razak@yahoo.com.my

Diharapkan perkongsian mengenai contoh surat menolak tawaran kerja ini bergu kepada anda.