Tajuk : Tips Pengucapan Awam
Link : Tips Pengucapan Awam
Tidak semua orang berani untuk berdiri di hadapan khalayak ramai bagi memberikan ucapan. Perasaan gementar dan kurang yakin pasti akan mengganggu penumpuan terhadap ucapan yang disampaikan.
Tips Pengucapan Awam |
Persediaan untuk pengucapan awam
Setelah diminta untuk membuat ucapan mengenai sesuatu tajuk, fikirkan apakah objektif ucapan terhadap penonton. Kemudian kumpulkan maklumat dan sediakan pembentangan dalam bentuk ‘Power point’. Pilih pakaian yang sesuai dan sopan untuk berucap nanti.
Latihan untuk pengucapan awam
Buat latihan sebelum berucap. Pada permulaan, berlatih berdiri dan berucap di hadapan cermin besar dan pastikan ‘eye contact’ ketika memandang cermin. Kemudian berlatih berucap di hadapan sekumpulan rakan jika berkesempatan.
Menyampaikan pengucapan awam
Bercakap dengan jelas dan cuba kekalkan ‘eye contact’ dengan penonton. Kawal nada suara agar tidak terlalu kuat atau perlahan. Suara yang bernada terlalu perlahan atau mendatar pasti akan membuatkan penonton berasa mengantuk.
Hidupkan pengucapan awam
Jangan hanya berdiri statik ketika berucap bagi mengelakkan penonton berasa bosan, sesekali bergerak di sekitar kawasan berucap. Selitkan juga cerita menarik dan jenaka ketika berucap supaya penonton tidak mengantuk, namun elakkan membuat lawak bodoh.
Penglibatan penonton ketika pengucapan awam
Berikan waktu yang sesuai kepada penonton untuk mereka terlibat dalam perbincangan mengenai tajuk. Namun, elakkan bertekak dengan penonton jika terdapat pandangan mereka yang bertentangan dengan pendapat anda.
Oleh itu, seharusnya anda membuat persiapan diri serta menimba ilmu agar tampak lebih berkeyakinan ketika memberikan ucapan awam. Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan anda harus berlatih serta berusaha yang terbaik.