Ahad, 31 Mei 2015

Contoh Surat Iringan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Contoh Surat Iringan
Link : Contoh Surat Iringan

Baca juga


Rozan Razak
No. 21, Taman Mulia,
51600 Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur
Tel: 03-95449977
Email: rozan_razak@yahoo.com.my
_________________________________________________________________
11 JUN 2015

Pengurus FELDA
Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney,
54000 Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG PENGURUS LADANG 

Saya seperti nama di atas ingin memohon jawatan sebagai pengurus ladang di agensi tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan agensi tuan serta mengembangkan profesional dan potensi diri saya.

Bersama-sama ini saya sertakan sesalinan resume. Saya berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(Tanda tangan)
ROZAN RAZAK


Sabtu, 30 Mei 2015

Rawatan Kaki di Rumah

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Rawatan Kaki di Rumah
Link : Rawatan Kaki di Rumah

Baca juga


Penjagaan kaki sering dianggap kurang penting berbanding dengan penjagaan kulit wajah dan badan. Kurang penjagaan akan menyebabkan kaki menjadi kasar dan kering yang seterusnya akan menjejaskan penampilan seseorang. 

Rawatan Kaki di Rumah
Rawatan Kaki di Rumah - Sumber gambar themoonvilla.com
Tanpa mengeluarkan belanja yang besar anda masih boleh melakukan sendiri rawatan untuk kaki di rumah. Beberapa langkah asas untuk merawat kaki di rumah adalah seperti berikut:

Membuang toksin di kaki


Rendamkan kaki anda selama 15 minit di dalam air suam yang dicampur dengan dua sudu garam bukit bagi membuang toksin dan menghilangkan kotoran di kaki anda. Tambahkan minyak aromaterapi untuk bau yang harum. 


Merapikan kuku kaki


Potong kuku kaki anda agar ianya kelihatan rapi dan bersih. Kuku yang pendek juga penting bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Asah kuku kaki dengan menggunakan pengasah khas untuk kuku bagi merapikannya. 


Menanggalkan kulit mati di kaki


Gosok kaki anda menggunakan berus yang dikhususkan untuk menggosok kaki. Gosok bermula dari pergelangan kaki, tapak kaki dan di celah jari kaki. Ini akan menanggalkan sel kulit mati. Anda juga boleh menggunakan batu sungai. 


Mencerahkan kulit kaki


Ambil hirisan lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada kaki. Lemon sangat bermanfaat untuk mencerahkan kulit kaki di samping dapat mengharumkan kaki anda. Kemudian bilas kaki dengan air bersih dan lap dengan tuala kering. 


Melembapkan kulit kaki


Sapukan sedikit minyak zaitun pada kaki untuk melembapkannya. Atau anda juga boleh menggunakan losyen yang sesuai untuk kaki. Urut kaki perlahan-lahan supaya minyak atau losyen tersebut meresap ke kulit. 


Oleh itu, gunakan waktu hujung minggu anda untuk membuat rawatan kaki di rumah. Anda juga boleh melakukan rawatan kaki ini secara santai sambil menonton rancangan kegemaran anda di televisyen. 

Nota: Elakkan membersihkan kaki dengan sabun kerana ia akan mengeringkan kulit.