Memaparkan catatan dengan label Bajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Februari 2015

Tips Memilih Makanan dalam Tin

Bajet - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniBajet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memilih Makanan dalam Tin
Link : Tips Memilih Makanan dalam Tin

Baca juga


Bajet

Kesibukan kerja mungkin menghadkan waktu untuk memasak makanan segar. Makanan dalam tin adalah salah satu alternatif yang cepat dan mudah disediakan. Kali ini dikongsikan berkenaan tips memilih makanan dalam tin. 

Tips Memilih Makanan dalam Tin
Tips Memilih Makanan dalam Tin - Sumber gambar hythecricketandsquash.club
Sebelum ini dikongsikan berkenaan tips membeli makanan sihat dalam artikel yang lalu. Berikut adalah tips memilih makanan dalam tin sebagai panduan asas:

1. Tips memilih makanan dalam tin - Lihat label
Periksa label pada makanan dalam tin. Lihat samaada ianya mendapat pengesahan halal dan pengesahan ianya selamat dimakan. Lihat juga kandungan bahan-bahan dan tarikh luput produk. 

2. Tips memilih makanan dalam tin - Keadaan tin
Pastikan keadaan luar tin sempurna dan tiada kecacatan samaada kemek, berlubang atau berkarat. 

3. Tips memilih makanan dalam tin - Makan segera
Sebaiknya makan makanan dalam tin dengan segera selepas ianya dibuka. Elakkan menyimpan lebihan makanan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada lain waktu kerana kualitinya merosot.

4. Tips memilih makanan dalam tin - Tambah khasiat
Bagi menambah khasiat makanan dalam tin, tambahkan sayur-sayuran atau buah-buahan segar sebelum ianya sedia untuk dimakan. 

5. Tips memilih makanan dalam tin - Hadkan pengambilan
Kurangkan makan makanan dalam tin dengan menghadkan pengambilannya. Jika diambil secara kerap pasti akan membahayakan kesihatan anda dalam jangka masa panjang. 

Diharapkan perkongsian berkenaan tips memilih makanan dalam tin ini bermanfaat untuk anda. Seeloknya pilih makanan yang segar untuk dimasak atau dimakan kerana nutrisinya lebih tinggi dan baik untuk kesihatan anda.

Selasa, 30 Disember 2014

Tips Jimat Minyak

Bajet - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniBajet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Jimat Minyak
Link : Tips Jimat Minyak

Baca juga


Bajet

Perubahan harga minyak petrol samaada naik atau turun bagi RON 95 dan RON 97 memberikan impak terhadap perbelanjaan seharian kita. Tips jimat minyak yang akan dikongsikan ini boleh dilakukan oleh anda yang ingin menjimatkan perbelanjaan. 

Tips Jimat Minyak
Tips Jimat Minyak - Sumber gambar allxpats.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai tips merancang perbelanjaan dapur. Beberapa tips jimat minyak yang boleh anda praktikkan adalah seperti berikut:

1. Tips jimat minyak dengan mengisi minyak pada waktu yang sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah pada awal pagi atau lewat petang. Ini kerana kapisiti minyak lebih banyak ketika waktu sejuk berbanding pada waktu panas minyak akan menghasilkan banyak wap. 

2. Tips jimat minyak dengan mengurangkan beban
Jangan menjadikan kereta anda sebagai stor menyimpan barangan seperti kasut atau buku-buku. Penambahan berat 50 kilogram akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

3. Tips jimat minyak dengan memastikan angin tayar mencukupi
Pastikan tekanan angin tayar kereta anda mencukupi. Apabila tayar kurang angin, penggunaan minyak akan bertambah sebanyak lima peratus akibat geseran tayar kereta.

4. Tips jimat minyak dengan memandu mengikut had laju tetap
Jika kereta dipandu laju, penggunaan minyak juga akan semakin meningkat. Kereta yang dipandu 100 km/j meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 10 peratus, 105 km/j sebanyak 15 peratus dan 110 km/j sebanyak 25 peratus.

5. Tips jimat minyak dengan servis kereta secara berkala
Servis kerta anda mengikut jadual di bengkel yang bertauliah. Jangan terlalu berkira untuk kos servis terutamanya penukaran minyak pelincir kerana jika kereta anda bermasalah, penggunaan minyak akan meningkat.

6. Tips jimat minyak dengan merancang perjalanan
Rancang perjalanan keluar dan pulang ke rumah anda dengan memilih waktu yang lalulintas yang kurang sesak. Petrol akan terbazir apabila enjin terpasang dan kereta tidak bergerak. 

7. Tips jimat minyak dengan cara mengisi yang betul
Isi minyak ketika tangki separuh penuh kerana semakin banyak baki minyak, semakin kurang wap di dalam tangki. Isi minyak secara perlahan-lahan supaya petrol masuk sepenuhnya dan mengurangkan pemeruapan petrol. Tarik picu secara separuh dan kekalkannya kedudukannya ketika mengisi minyak. 

8. Tips jimat minyak dengan menghadkan penggunaan pendingin udara
Penggunaan pendingin udara menyebabkan peningkatan penggunaan minyak sebanyak 10 peratus. Jika cuaca sejuk, matikan pendingin udara kereta dan buka tingkap untuk mendapatkan udara segar.

9. Tips jimat minyak dengan menggunakan gear dan brek dengan betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan kereta anda kerana penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi akan menyebabkan pembaziran minyak. Elakkan membrek kenderaan anda secara mengejut, sebaliknya brek secara beransur-ansur. 

10. Tips jimat minyak dengan penggunaan NGV
Bagi kenderaan besar, pasanglah NGV di kereta anda (ia memakan ruang di dalam kereta dan tidak sesuai untuk kereta kecil). NGV lebih menjimatkan berbanding penggunaan petrol. 

11. Tips jimat minyak dengan menggunakan kereta bila perlu
Jika tempat kerja anda dekat, gunakan sahaja motosikal. Anda juga boleh membeli barangan ketika pulang kerja dan di hujung minggu anda tidak perlu lagi keluar. Matikan enjin kereta jika anda menunggu seseorang. 

12. Tips jimat minyak dengan berkongsi kereta
Berkongsi kereta dapat menjimatkan minyak dan mengurangkan kesesakan lalulintas. Bergilir-gilirlah tumpangkan kereta dengan rakan sekerja yang tinggal berdekatan rumah untuk ke tempat kerja. 

13. Tips jimat minyak dengan menggunakan kemudahan awam
Gunakan kemudahan awam seperti LRT, komuter atau bas untuk ke destinasi yang mengalami kesesakan lalulintas. Selain daripada mengelakkan kesesakan, anda juga dapat menjimatkan masa. 

14. Tips jimat minyak dengan menggunakan kad keahlian
Terdapat sesetengah stesyen minyak menyediakan kad keahlian percuma dan anda bolehlah mengumpulkan mata ganjaran apabila mengisi minyak. Mata ganjaran ini boleh ditukar kepada voucher minyak.

15. Tips jimat minyak dengan memastikan enjin dipanaskan
Pastikan enjin kereta anda dipanaskan terlebih dahulu sebelum memandu. Biarkan enjin anda terpasang sekurang-kurangnya selama 30 saat tanpa menekan pedal minyak. 

Tips jimat minyak yang telah dikongsikan ini mungkin kelihatan mudah, namun ianya tentu akan memberikan kesan yang besar jika dipraktikkan secara berterusan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda menjimatkan minyak.