Tajuk : Tips Pencegahan Diabetes
Link : Tips Pencegahan Diabetes
Penyakit diabetes adalah salah satu penyakit yang merbahaya. Diabetes terjadi apabila pankreas seseorang tidak dapat menghasilkan atau hanya menghasilkan sedikit insulin*. Kali ini saya ingin kongsikan tips pencegahan diabetes.
Tips Pencegahan Diabetes - Sumber gambar healthmeup.com |
Beberapa tips pencegahan diabetes adalah seperti berikut:
1. Tips pencegahan diabetes – Kawal berat badan
Pastikan berat badan (BMI) anda unggul.
2. Tips pencegahan diabetes – Kawal pengambilan gula
Kurangkan penggunaan gula dalam makanan/minuman anda. Hadkan juga pengambilan nasi putih.
3. Tips pencegahan diabetes – Bersenam
Bersenamlah secara berkala iaitu sekurang-kurangnya 3kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
4. Tips pencegahan diabetes – Hindari rokok dan alkohol
Berhenti mengambil rokok dan alkohol.
5. Tips pencegahan diabetes – Ketahui faktor risiko
Individu yang berisiko tinggi adalah mereka yang berusia lebih 30 tahun, mempunyai BMI lebih 25kg/m2, wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika hamil, wanita yang melahirkan bayi melebihi 4kg dan mereka yang menghidap hipertensi.
6. Tips pencegahan diabetes – Jalani ujian saringan
Jika anda berisiko, jalani ujian saringan diabetes sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda mungkin menghidap diabetes jika bacaan sampel darah ketika puasa menunjukkan ≥ 7.0 mmol/L.
7. Tips pencegahan diabetes – Ubah cara hidup
Ubah cara hidup anda sebelum terlewat. Jangan malu untuk meminta bantuan khidmat nasihat dari anggota kesihatan di klinik. Dapatkan juga sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan anda.
Oleh itu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Bersama kita berusaha mencegah penyakit diabetes. Diharapkan perkongsian tips pencegahan diabetes ini dapat menambah informasi yang berguna untuk anda.
*Nota - Insulin berfungsi menukarkan glukosa/ kanji/ makanan kepada tenaga. Apabila insulin sedikit, kadar gula di dalam badan akan melebihi keperluan.