Sabtu, 13 Disember 2014

Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan
Link : Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan

Baca juga


Sebelum ini saya pernah kongsikan kelebihan memasak sendiri. Kaedah penyediaan makanan adalah aspek penting di dalam penjagaan kesihatan. Kali ini saya akan kongsikan tips kurangkan lemak dalam masakan.

Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan
Tips Kurangkan Lemak dalam Masakan - Sumber gambar whytoread.com
Penyediaan makanan sepatutnya mengurangkan kandungan lemak dalam makanan. Beberapa tips kurangkan lemak dalam masakan adalah seperti berikut:

1. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Penggunaan minyak dan lemak
Kurangkan penggunaan minyak dan lemak semasa memasak. Contohnya ketika menumis sayur gunakan minyak yang sedikit sahaja. 

2. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Buang lemak
Buang lemak beku dari sup/ masakan.

3. Tips kurangkan lemak dalammasakan – Ubahsuai resipi
Ubah suai resipi asal yang menggunakan santan dan kerisik dalam rendang dengan mengurangkan atau mengelakkan penggunaannya. Kurangkan mentega, majerin dan mayonis dalam sandwich, sebaliknya lebihkan timun, tomato dan salad.

4. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Gantikan bahan lebih sihat
Kurangkan penggunaan gula, garam dan MSG. Sebaliknya gantikan dengan herba dan rempah. Kurangkan daging dengan menggantikannya dengan ikan dan menambah banyak sayur-sayuran.

5. Tips kurangkan lemak dalam masakan – Ubah kaedah memasak
Ubah cara memasak dengan mengelakkan kaedah menggoreng. Gantikan dengan kaedah seperti merebus, mengukus, memanggang atau membakar.

Oleh itu, semoga perkongsian tips kurangkan lemak dalam masakan ini memberikan informasi kepada anda untuk memilih kaedah penyediaan makanan yang lebih sihat bagi mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Jumaat, 12 Disember 2014

Khasiat Belimbing Buluh

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Belimbing Buluh
Link : Khasiat Belimbing Buluh

Baca juga


Belimbing adalah buah nadir yang jarang ditanam secara komersial dan semakin sukar ditemui. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan khasiat belimbing buluh di dalam merawat beberapa jenis penyakit ringan.

Khasiat Belimbing Buluh
Khasiat Belimbing Buluh - Sumber gambar ainizakaria.my
Beberapa khasiat belimbing buluh adalah seperti berikut:

1. Khasiat belimbing buluh untuk menghilangkan batuk
Tumbuk halus 10 biji belimbing buluh dan tambah dua sudu besar air garam. Tapis dan amalkan minum dua kali setiap hari. 

2. Khasiat belimbing buluh untuk merawat jerawat
Tumbuk halus beberapa biji belimbing buluh dan tambahkan sedikit jus limau nipis. Sapu pada bahagian yang dijangkiti jerawat dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan amalkan tiga kali setiap hari. 

3. Khasiat belimbing buluh untuk menghilangkan panau
Tumbuk halus 10 biji belimbing buluh dan tambahkan sedikit kapur sirih. Sapukan pada kulit yang dijangkiti panau. Biarkan mengering selama lima minit dan bilas dengan air. 

4. Khasiat belimbing buluh untuk menurunkan tekanan darah
Tumbuk beberapa biji buah belimbing buluh. Minum air perahannya dua hingga tiga kali setiap hari untuk menurunkan tekanan darah. 

Oleh itu, banyak lagi khasiat belimbing buluh untuk merawat kesihatan dan sebagai kegunaan harian seperti memasak. Semoga perkongsian mengenai khasiat belimbing buluh ini bermanfaat untuk anda.