Jumaat, 19 Disember 2014

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata
Link : Petua Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata

Baca juga


Lingkaran hitam di bawah mata terjadi mungkin disebabkan oleh peningkatan usia, keletihan atau tidak cukup tidur. Kali ini saya akan berkongsi mengenai beberapa petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata
Petua Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata - Sumber gambar ndtv.com
Petua ini hanya menggunakan bahan semulajadi atau alami yang boleh di dapati di rumah anda. Beberapa petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata adalah sepeti berikut:

1. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan timun
Hiris nipis timun dan lekapkan di mata anda. Biarkan selama 15 minit. 

2. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit. 

3. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan kentang
Boleh juga gunakan kentang yang dihiris nipis. Letakkan di mata anda selama 15 minit. 

4. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan daun pudina
Lenyek beberapa helai daun pudina dan lekapkan di bawah mata anda. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air.

5. Petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan madu, lemon dan telur
Campurkan sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata anda dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air. 

Yang penting pastikan tidur yang mencukupi dan elakkan tekanan dengan sentiasa berfikiran positif. Semoga perkongsian petua hilangkan lingkaran hitam bawah mata ini boleh anda cuba praktikkan.

Khamis, 18 Disember 2014

Tips Hilangkan Kesedihan di Hati

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Hilangkan Kesedihan di Hati
Link : Tips Hilangkan Kesedihan di Hati

Baca juga


Setiap insan tidak terlepas dari mengalami kesedihan. Anda mungkin bersedih kerana kehilangan sesuatu atau teringatkan seseorang atau pelbagai sebab lain. Kali ini saya akan kongsikan tips hilangkan kesedihan di hati

Tips Hilangkan Kesedihan di Hati
Tips Hilangkan Kesedihan di Hati - Sumber gambar imgkid.com
Setiap orang pasti ada cara yang tersendiri untuk mengatasi kesedihan di hati. Beberapa tips hilangkan kesedihan di hati adalah seperti berikut:

1. Tips hilangkan kesedihan di hati – Berwuduk
Kadangkala syaitan sengaja membuatkan kita bersedih dengan mengingati peristiwa lepas. Berwuduklah kerana syaitan diperbuat daripada api dan ia pasti akan musnah oleh air wuduk.

2. Tips hilangkan kesedihan di hati – Dekatkan diri dengan Allah SWT
Peruntukkan waktu untuk melakukan solat sunat (Taubat, Hajat, Tahajud) dan berdoalah memohon kekuatan untuk terus menghadapi dugaan. Perbanyakkan zikir dan membaca al-Quran untuk ketenangan hati. 

3. Tips hilangkan kesedihan di hati – Muhasabah diri
Bermuhasabah diri dengan melihat kekurangan diri dan cuba perbaiki kelemahan itu. Bersyukurlah kerana andamasih diberikan peluang untuk bertaubat dan berusaha berubah menjadi lebih baik. 

4. Tips hilangkan kesedihan di hati – Senaman minda positif 
Pejam mata anda dan tarik nafas dalam-dalam sambil menggenggam tangan seperti penumbuk dengan kiraan 5 saat. Tahan nafas 5 saat dan lepaskan nafas dalam kiraan 5 saat juga (ketika melepaskan nafas bayangkan semua kesedihan juga dilepaskan pergi). 

5. Tips hilangkan kesedihan di hati – Banyakkan minum air kosong
Minum air kosong sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW. Air kosong baik untuk menjana oksigen yang mencukupi untuk otak dan tubuh kita. Air kosong juga bermanfaat untuk menghilangkan kelesuan. 

6. Tips hilangkan kesedihan di hati – Melakukan hobi yang disukai
Lakukan aktiviti atau hobi yang anda suka seperti membaca, menyanyi, memasak, memancing dan banyak lagi. Pastikan aktiviti atau hobi itu adalh positif dan memberi manfaat kepada anda dan orang lain. 

7. Tips hilangkan kesedihan di hati – Bersangka baik dengan Allah SWT
Bersangka baik dengan Allah SWT. Yakinlah bahawa setiap dugaan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Kerana Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya pada masa kini dan akan datang. 

Oleh itu, ingatlah bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Usah terlalu melayan perasaan sedih kerana ia boleh merosakkan diri anda. Semoga perkongsian tips hilangkan kesedihan di hati ini bermanfaaat.