Isnin, 29 Disember 2014

Petua Solekan Asas

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Solekan Asas
Link : Petua Solekan Asas

Baca juga


Solekan adalah penting untuk menampakkan wajah yang segar dan berseri. Namun ada masanya solekan tidak menjadi dan mungkin wajah akan kelihatan lebih buruk selepas bersolek. Kali ini saya akan kongsikan petua solekan asas

Petua Solekan Asas
Petua Solekan Asas - Sumber gambar kirara-shop.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai tips menentukan jangka hayat produk kosmetik. Pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit anda adalah penting. Beberapa petua solekan asas adalah seperti berikut: 

1. Petua solekan asas pemilihan bedak asas
Tidak semestinya bedak asas bewarna cerah sesuai untuk anda yang berkulit cerah dan sebaliknya. Anda boleh mencuba sapukan sedikit bedak asas di rahang pipi, jika ia meresap ke kulit bermakna ia sesuai dengan tona kulit anda. 

2. Petua solekan asas pemilihan bedak padat
Pilih bedak padat yang warnanya satu tona lebih gelap berbanding warna kulit anda. Ini bagi mengelakkan wajah anda kelihatan bercapuk dan kusam. Jika anda berkulit cerah, boleh gunakan BB Cream sebelum menyapu bedak padat atau bedak debu. 

3. Petua solekan asas pemilihan gincu
Bagi anda yang berkulit cerah sesuai mengenakan gincu bewarna nude seperti peach atau merah jambu, elakkan warna coklat. Kepada individu yang berkulit gelap sesuai mengenakan gincu bewarna plum, merah atau coklat karamel. 

4. Petua solekan asas pemilihan pemerah pipi
Individu berkulit cerah sesuai mengenakan pemerah pipi bewarna merah jambu. Manakala individu berkulit gelap pula sesuai memakai pemerah pipi bewarna peach atau oren. 

5. Petua solekan asas pemilihan pembayang mata
Jika anda berkulit cerah, anda bebas mengenakan sebarang warna pembayang mata. Namun, bagi mereka yang berkulit gelap sesuai mengenakan warna coklat keemasan. 

Setiap wajah individu tentunya berbeza iaitu ada yang sesuai bersolek tebal dan ada yang sesuai dengan solekan yang nipis sahaja. Oleh itu, diharapkan perkongsian berkenaan petua solekan asas ini bermanfaat untuk anda.

Ahad, 28 Disember 2014

Tips Bercuti Murah

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Bercuti Murah
Link : Tips Bercuti Murah

Baca juga


Bercuti bersama keluarga tentu memerlukan bajet yang mencukupi. Bajet yang terhad pasti membantutkan keinginan untuk bercuti. Ikuti beberapa tips bercuti murah yang akan saya kongsikan pada hari ini. 

Tips Bercuti Murah
Tips Bercuti Murah - Sumber gambar info.onehourlafayettein.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai tips bercuti di pantai. Tips bercuti murah yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:

1. Tips bercuti murah dengan membuat perancangan
Buat perancangan awal iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh percutian. Rancanglah destinasi percutian, pengangkutan dan tempat penginapan. Sediakan tabung percutian, misalnya simpan dua ratus ringgit setiap bulan (bermula awal tahun) untuk percutian pada akhir tahun. 

2. Tips bercuti murah dengan memilih destinasi
Pilih destinasi yang sesuai dengan bajet anda. Misalnya, untuk menikmati panorama pantai yang indah tidak semestinya anda harus bercuti di Krabi Thailand, sebaliknya pilihlah tempat percutian di Malaysia seperti Pulau Perhentian.

3. Tips bercuti murah dengan memilih masa sesuai
Buatlah tempahan awal bagi mendapatkan harga yang lebih murah. Seeloknya elakkan bercuti ketika musim perayaan atau cuti sekolah kerana kebiasaannya pada waktu ini harga hotel agak mahal berbanding hari biasa.

4. Tips bercuti murah dengan memilih tempat penginapan
Tempahlah tempat penginapan berdasarkan bilangan ahli keluarga yang akan mengikuti percutian. Jika tidak ramai, cukuplah sekadar menginap di hotel. Namun jika keluarga besar, seeloknya tempahlah apartment

5. Tips bercuti murah untuk makanan
Seeloknya pilihlah apartment yang menyediakan dapur untuk memasak. Anda boleh menjimatkan bajet untuk makanan dengan memasak sendiri. Jika menginap di hotel, bawalah makanan dan minuman ringan sendiri kerana harga makanan di hotel selalunya lebih mahal.

6. Tips bercuti murah dengan melakukan aktiviti
Pilih aktiviti yang bermanfaat dan tidak berbahaya untuk dilakukan bersama-sama oleh semua ahli keluarga. Pantau keselamatan setiap ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak.

7. Tips bercuti murah ketika membeli cenderahati
Pilih buah tangan yang benar-benar unik dengan harga yang berpatutan. Seeloknya pilih barangan yang tiada di tempat kita untuk dijadikan sebagai cenderahati. 

Oleh itu, rancanglah percutian anda lebih awal supaya ianya berjalan lancar. Jadikan percutian anda sekelaurga sebagai salah satu kenangan terindah untuk diingati. Diharapkan perkongsian tips bercuti murah ini bermanfaat untuk anda semua.