Khamis, 1 Januari 2015

Khasiat Madu

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Madu
Link : Khasiat Madu

Baca juga


Sebelum ini saya pernah kongsikan artikel mengenai petua menyimpan madu agar tahan lama. Kali ini saya akan kongsikan pula berkenaan dengan khasiat madu terhadap kesihatan dan kecantikan diri.

Khasiat Madu
Khasiat Madu - Sumber gambar farmhouse.ae
Madu adalah pemanis semulajadi atau alami yang telah digunakan sejak dahulu kala. Beberapa khasiat madu adalah seperti berikut:

1. Khasiat madu sebagai antioksida
Kandungan antioksida di dalam madu baik untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Di samping itu, ia menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit seperti kanser.

2. Khasiat madu untuk awet muda
Beberapa jenis asid organik yang terdapat dalam madu bermanfaat untuk mengurangkan kulit kendur, garis penuaan dan menganjalkan kulit. Kandungan gula dan asid amino pula berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.

3. Khasiat madu untuk menurunkan kolesterol
Kandungan mineral dan vitamin semulajadi di dalamnya membantu menurunkan kolesterol. 

4. Khasiat madu untuk menghilangkan parut
Enzim, vitamin serta mineral yang terkandung dalam madu mampu merangsang pertumbuhan sel baru. Jika disapu pada kulit terbakar, ia akan cepat sembuh dan seterusnya mengurangkan parut.

5. Khasiat madu untuk merawat luka
Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya menghasilkan oksidase glukosa yang seterusnya memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida (sebagai antiseptik) untuk merawat luka. 

Oleh itu, gunakanlah madu asli tanpa waswas sebagai alternatif bagi menggantikan gula atau pemanis tiruan. Semoga perkongsian berkenaan khasiat madu pada kali ini memberikan informasi kepada anda.

Rabu, 31 Disember 2014

Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins
Link : Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins

Baca juga


Diet Atkins adalah corak pemakanan yang melebihkan protein berbanding karbohidrat. Ianya telah diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins.  Pada hari ini saya akan kongsikan berkenaan tips kuruskan badan dengan diet Atkins

Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins
Tips Kuruskan Badan dengan Diet Atkins - Sumber gambar amando.it
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai tips kuruskan badan tanpa ubat. Melalui kaedah diet atkins, berat badan seseorang dikurangkan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak. Terdapat empat peringkat utama diet Atkins seperti berikut:

1. Peringkat 1 : Induction (permulaan dan pengenalan)
Peringkat terpenting kerana asas kepada perubahan corak pemakanan. Seeloknya peringkat ini dipraktikkan selama 2 minggu atau lebih iaitu bergantung kepada kesihatan dan berat badan seseorang.

Makanan yang perlu dielakkan ketika peringkat induction diet Atkins adalah seperti berikut:
  • Nasi, mihun, mi, laksa, spagetti, kuew tiau dan yang sama jenis dengannya.
  • Roti (roti berserat, roti bun, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastri) dan apa saja jenis roti. 
  • Gula (gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula) dan apa saja makanan bergula. 
  • Buah-buahan. 
  • Minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas, minuman isotonik. 
  • Snek seperti biskut manis, keropok, popcorn dan jeruk manis.
  • Kacang.
  • Makanan terproses seperti bebola ikan, kentang goreng, nugget, sosej.
  • Makanan bertepung seperti biskut, kek, kuih-muih.
  • Produk tenusu seperti yogurt, susu, dadih.
Pada peringkat  induction diet Atkins, anda perlu makan iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (sebelum jam 9 malam). Anda boleh makan seperti berikut (pastikan kurang daripada 20 gram karbohidrat setiap hari):
  • Ayam atau ikan atau daging atau udang - bakar, panggang, sup, kukus, goreng tanpa tepung (Elakkan sotong kerana karbohidratnya tinggi). 
  • Sayur - Sayur hijau (sawi, bayam, salad, timun). Kurangkan lobak merah. Elakkan kentang. 
  • Keju - Cheddar, mozarella, parmesan. Had dua hingga tiga keping sehari.
  • Air kosong atau air mineral - minum lapan gelas atau lebih setiap hari.
  • Makanan tambahan dan vitamin - spirullina dan multivitamin 

Berikut adalah contoh menu peringkat  induction diet Atkins untuk makan sehari:
  • Sarapan Pagi: 1 biji telur rebus (0.6 gram karbohidrat); 3 kepingan ayam (0.0 gram karbohidrat); 2 gelas air suam (0.0 gram karbohidrat); 2 keping keju (1.0 gram karbohidrat)
  • Makan Tengahari / Malam: 2 keping ikan panggang (0.0 gram karbohidrat); 1 mangkuk sup ayam (0.5 - 1.0 gram karbohidrat); 2 ketul ayam goreng (1.0 gram karbohidrat); 1 mangkuk sayur-sayuran hijau (1.0 - 3.0 gram karbohidrat); 2 biji telur goreng (1.5 gram karbohidrat)

2. Peringkat 2 : Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
Pada peringkat Ongoing Weight Loss diet Atkins, makanan berkarbohidrat diperkenalkan secara berperingkat iaitu daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (namun perlu mengikut had toleransi karbohidrat*).
* Had toleransi karbohidrat - jumlah karbohidrat tertinggi sehari dalam gram badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan Jika metabolisma rendah hanya 24 gram sehari. .

Anda perlu makan mengikut waktu seperti biasa peringkat Ongoing Weight Loss diet Atkins iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (sebelum jam 9 malam). Contoh menu adalah seperti berikut:
  • Sarapan Pagi: 1 biji telur (rebus, atau goreng) tambah kicap masin atau mayonis atau makan begitu sahaja (0.6-1.0 gram karbohidrat); 2 keping roti Gardenia Breaktru Wholemeal (10.1 gram karbohidrat); sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau minyak zaitun sahaja (0.5 gram karbohidrat).
  • Makan Tengahari/Malam: Ikan atau ayam panggang/sup/kukus/goreng tanpa tepung (0.0 gram karbohidrat); sayur bayam/sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, atau tak bercampur bahan berkarbohidrat (0.2 - 1.0 gram karbohidrat). Elak kentang, kurangkan lobak merah dan lebihkan sayur hijau. 
  • Snek: 1 keping keju Cheddar atau 2 keping tauhu sumbat (isikan taugeh dan timun sahaja)
  • Minuman: Air biasa atau Teh hijau / teh herba tanpa gula

3. Peringkat 3 : Pre-maintenance

4. Peringkat 4 : Lifetime Maintenance

Selain itu tingkatkan kecergasan badan anda dengan melakukan aktiviti senaman secara berkala. Semoga perkongsian mengenai tips kuruskan badan dengan diet Atkins ini bermanfaat untuk anda amalkan.