Khamis, 1 Januari 2015

Khasiat Madu

Khasiat Madu - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniKhasiat Madu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Madu
Link : Khasiat Madu

Baca juga


Khasiat Madu

Sebelum ini saya pernah kongsikan artikel mengenai petua menyimpan madu agar tahan lama. Kali ini saya akan kongsikan pula berkenaan dengan khasiat madu terhadap kesihatan dan kecantikan diri.

Khasiat Madu
Khasiat Madu - Sumber gambar farmhouse.ae
Madu adalah pemanis semulajadi atau alami yang telah digunakan sejak dahulu kala. Beberapa khasiat madu adalah seperti berikut:

1. Khasiat madu sebagai antioksida
Kandungan antioksida di dalam madu baik untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Di samping itu, ia menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit seperti kanser.

2. Khasiat madu untuk awet muda
Beberapa jenis asid organik yang terdapat dalam madu bermanfaat untuk mengurangkan kulit kendur, garis penuaan dan menganjalkan kulit. Kandungan gula dan asid amino pula berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.

3. Khasiat madu untuk menurunkan kolesterol
Kandungan mineral dan vitamin semulajadi di dalamnya membantu menurunkan kolesterol. 

4. Khasiat madu untuk menghilangkan parut
Enzim, vitamin serta mineral yang terkandung dalam madu mampu merangsang pertumbuhan sel baru. Jika disapu pada kulit terbakar, ia akan cepat sembuh dan seterusnya mengurangkan parut.

5. Khasiat madu untuk merawat luka
Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya menghasilkan oksidase glukosa yang seterusnya memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida (sebagai antiseptik) untuk merawat luka. 

Oleh itu, gunakanlah madu asli tanpa waswas sebagai alternatif bagi menggantikan gula atau pemanis tiruan. Semoga perkongsian berkenaan khasiat madu pada kali ini memberikan informasi kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.