Jumaat, 9 Januari 2015

Petua Hilangkan Jeragat

Petua Hilangkan Jeragat - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Hilangkan Jeragat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Hilangkan Jeragat
Link : Petua Hilangkan Jeragat

Baca juga


Petua Hilangkan Jeragat

Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai petua hilangkan jerawat dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang tersedia di rumah anda. Pada kali ini saya akan kongsikan pula mengenai petua hilangkan jeragat.

Petua Hilangkan Jeragat
Petua Hilangkan Jeragat - Sumber gambar healthmeup.com
Petua yang akan dikongsikan ini juga menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi di rumah anda. Beberapa petua hilangkan jeragat yang boleh dicuba adalah seperti berikut:


Hilangkan jeragat dengan daun sirih

Ramas beberapa helai daun sirih sehingga keluar airnya. Gosokkan di bahagian yang terdapat jeragat dan bilas dengan air. 


Hilangkan jeragat dengan kulit pisang

Anda boleh gunakan kulit pisang emas atau berangan. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke bahagian jeragat di wajah anda dan bilas dengan air.


Hilangkan jeragat dengan beras

Tumbuk beras yang telah direndam semalaman dengan sedikit kunyit hidup. Campurkan dengan sedikit perahan air limau nipis dan putih telur. Sapukan campuran di muka anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air. 


Hilangkan jeragat dengan hampas kelapa

Gosokkan muka anda dengan sedikit hampas kelapa (seperti skrub) dan biarkan ia mengering selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 


Hilangkan jeragat dengan susu tepung

Campurkan dua sudu susu tepung bersama sedikit air perahan limau nipis. Sapukan di muka anda (seperti masker) dan biarkan ia mengering selama 10 minit. Bilas dengan air. 


Semoga perkongsian mengenai petua hilangkan jeragat ini dapat anda cuba amalkan sendiri di rumah. Rawatan menggunakan bahan-bahan semulajadi atau alami ini adalah murah dan tiada risiko yang tinggi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.