Tajuk : Makanan Pengganti Nasi
Link : Makanan Pengganti Nasi
Makanan Pengganti Nasi
Berdiet bukan bermakna kita harus meninggalkan makanan berkarbohidrat. Karbohidrat membekalkan tenaga utama kepada tubuh kita. Selain daripada mengambil nasi, anda boleh mencuba makanan pengganti nasi yang lain yang juga mengandungi karbohidrat.
Makanan Pengganti Nasi - Sumber gambar cathe.com |
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai jenis makanan malam untuk diet. Beberapa jenis makanan pengganti nasi adalah seperti berikut:
1. Oat sebagai makanan pengganti nasi
Oat mengandungi serat yang dapat mengurangkan kolestrol. Anda boleh memasak oat sebagai bubur atau dibancuh bersama susu atau coklat.
2. Pasta sebagai makanan pengganti nasi
Pasta seperti spageti dan makaroni pasti akan mengenyangkan. Pasta boleh dimakan dengan cara merebusnya dan tambahkan sedikit minyak zaitun, daging dan sayur-sayuran.
3. Jagung sebagai makanan pengganti nasi
Jagung mempunyai rasa lemak manis apabila dibakar atau direbus. Anda juga boleh menjadikan jagung muda sebagai sayur.
Oleh itu, pastikan tubuh anda mendapat nutrien yang mencukupi walaupun sedang berdiet. Makanan pengganti nasi ini boleh diambil bersama buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda seimbangkan juga dengan aktiviti fizikal seperti jogging atau berbasikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.