Selasa, 13 Januari 2015

Khasiat Sayur-sayuran Hijau

Khasiat Sayur-sayuran Hijau - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniKhasiat Sayur-sayuran Hijau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Sayur-sayuran Hijau
Link : Khasiat Sayur-sayuran Hijau

Baca juga


Khasiat Sayur-sayuran Hijau

Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai tips memupuk anak makan sayur. Kandungan zat di dalam saur-sayuran sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Kali ini saya akan berkongsi mengenai khasiat sayur-sayuran hijau

Khasiat Sayur-sayuran Hijau
Khasiat Sayur-sayuran Hijau - Sumber gambar goodtoknow.co.uk
Selain daripada dimasak dengan pelbagai menu seperti tumis, rebus atau kukus, sayur-sayuran juga enak dimakan mentah (segar). Beberapa khasiat sayur-sayuran hijau adalah seperti berikut:

Khasiat sayur-sayuran hijau untuk kesihatan tulang

Kandungan vitamin K di dalam sayur menghasilkan osteocalcin iaitu protein yang bermanfaat untuk kesihatan tulang anda.


Khasiat sayur-sayuran hijau untuk kesihatan mata

Beta karotin yang terdapat di dalam sayur akan ditukarkan kepada vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Kandungan lutein dan zeaxanthin pula bermanfaat mencegah katarak di mata.


Khasiat sayur-sayuran hijau untuk kesihatan jantung

Penyakit jantung boleh dicegah dengan mengambil sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C, kalium, lutein, zeaxanthin dan beta karotin. 


Khasiat sayur-sayuran hijau untuk mencegah kanser

Kandungan karatenoid dan flavonoid di dalam sayur hijau membantu mencegah kanser seperti kanser usu, perut, kulit dan payudara. 


Khasiat sayur-sayuran hijau untuk diabetes

Sayur mengandungi indeks glikemik yang rendah dan kandungan magnesium yang tinggi. Ini menjadikan ia sesuai diambil oleh pesakit diabetes. 


Selain daripada memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh, sayur-sayuran juga merupakan erat yang baik untuk penghadaman anda. Oleh itu, diharap perkongsian mengenai khasiat sayur-sayuran ini bermanfaat untuk menambah informasi anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.