Tajuk : Tips Gigi Putih
Link : Tips Gigi Putih
Tips Gigi Putih
Gigi akan menjadi kuning mungkin disebabkan oleh pengambilan kopi atau merokok. Tips gigi putih yang akan dikongsikan pada kali ini hanya menggunakan bahan-bahan yang telah tersedia di rumah anda.
Tips Gigi Putih - Sumber gambar groupon.sg |
1. Tips gigi putih dengan makan buah dan sayur
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah, epal dan daun saleri dapat memutihkan gigi. Makan secara segar buah dan sayur kerana ia dapat membersihkan kotoran pada lapisan enamel gigi.
2. Tips gigi putih dengan makan keju
Keju mengandungi susu protein, kalsium dan fosfat yang baik untuk menguatkan enamel gigi anda dan melindunginya dari kaviti. Jadikan keju sebagai kudapan selepas makan tengahari atau makan malam.
3. Tips gigi putih dengan arang dan limau nipis
Perah air limau nipis dan sapukan pada gigi anda. Gosokkan perlahan-lahan air perahan limau pada gigi dengan ketulan kecil arang. Kemudian berkumurlah dengan air bersih.
4. Tips gigi putih dengan baking soda dan lemon
Berus gigi anda dengan campuran baking soda dan lemon setiap minggu. Kedua-dua bahan ini bersifat peluntur dan seeloknya elakkan mengamalkannya terlalu kerap.
5. Tips gigi putih dengan ubat gigi
Kini terdapat pelbagai jenama ubat gigi yang khusus untuk memutihkan gigi. Gunakan ubat gigi berkenaan secara berkala dan pasti anda akan mendapatkan kesan yang memuaskan.
Selain itu, pastikan anda memberus dan flos gigi anda secara berkala untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Gigi yang putih akan menyerikan lagi senyuman anda. Diharapkan perkongsian tips gigi putih pada kali ini memberi manfaat kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.