Tajuk : Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi
Link : Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi
Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi
Pemakaian kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang lama tentu tidak selesa dan ianya juga tidak baik untuk kesihatan. Pada kali ini saya akan kongsikan mengenai tips memakai kasut tumit tinggi dengan selesa.
Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi - Sumber gambar telegraph.co.uk |
1. Tips memakai kasut tumit tinggi - Pilih kasut yang berkualiti
Kasut yang berkualiti selalunya direka dengan bahan yang selesa. Selalunya harganya lebih mahal berbanding kasut biasa. Pilihan terletak di tangan anda untuk memilih kasut yang selesa dengan harga yang berpatutan.
2. Tips memakai kasut tumit tinggi - Ketinggian yang sesuai
Pilih kasut yang ketinggian tumitnya selesa dengan kaki anda semasa berdiri dan berjalan. Bagi anda yang baru belajar memakai kasut bertumit tinggi, seeloknya pilih ketinggian sederhana. Jika sudah biasa memakai kasut bertumit tinggi, bolehlah memilih yang bertumit runcing.
3. Tips memakai kasut tumit tinggi - Cara berjalan
Jangan memijak lantai dengan meletakkan tumit dan jari kaki pada masa yang sama. Sebaliknya, berjalanlah dengan cara meletakkan tumit kaki anda terlebih dahulu sebelum meletakkan jari kaki.
4. Tips memakai kasut tumit tinggi - Rehatkan kaki
Usah memaksa kaki anda memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang lama. Sesekali buka kasut tumit tinggi dan rehatkan kaki anda seketika. Gantikan dengan kasut biasa jika anda mula berasa tidak selesa.
5. Tips memakai kasut tumit tinggi - Letakkan alas
Tambahkan kusyen atau alas pada tapak kasut anda bagi mengelakkan tapak kaki sakit. Ianya akan memberikan keselesaan yang lebih kepada kaki anda.
Oleh itu, diharapkan perkongsian tips memakai kasut tumit tinggi ini bermanfaat untuk anda. Yang penting pilihlah kasut yang sesuai dan selesa dengan kaki. Jangan memaksa kaki anda untuk memakai kasut yang tidak selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.