Tajuk : Petua Merawat Gusi Bengkak
Link : Petua Merawat Gusi Bengkak
Petua Merawat Gusi Bengkak
Masalah gusi bengkak pasti akan menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan. Kali ini saya akan berkongsi beberapa petua merawat gusi bengkak hanya menggunakan bahan yang terdapat di sekitar rumah anda.
Petua Merawat Gusi Bengkak - Sumber gambar lechenie.bg |
Gusi bengkak mungkin disebabkan kesalahan ketika memberus gigi. Beberapa petua merawat gusi bengkak adalah seperti berikut:
1. Petua merawat gusi bengkak dengan garam
Bancuh sedikit garam dengan air suam dan berkumurlah pada setiap hari. Boleh juga letakkan terus garam pada gusi bengkak dan biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air suam.
2. Petua merawat gusi bengkak dengan cecair pembersih mulut
Campurkan sedikit cecair pembersih mulut (saya suka guna Listerine) dengan sedikit air. Berkumurlah dengan campuran itu dan kemudian berkumur (bilas) dengan air biasa.
3. Petua merawat gusi bengkak dengan kulit pokok mangga
Rebus kulit pokok mangga bersama air dan sedikit garam sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan ia suam. Berkumur dengan air rebusan pada setiap hari sehingga bengkak berkurangan.
Sekiranya sakit berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor gigi kerana mungkin gusi bengkak disebabkan masalah lain. Oleh itu, semoga perkongsian petua merawat gusi bengkak ini bermanfaat untuk anda cuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.