Khamis, 8 Januari 2015

Khasiat Biji Bunga Matahari

Khasiat Biji Bunga Matahari - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniKhasiat Biji Bunga Matahari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Khasiat Biji Bunga Matahari
Link : Khasiat Biji Bunga Matahari

Baca juga


Khasiat Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari atau kuaci berasal dari pokok bunga matahari yang telah dikeringkan. Ianya sering dijadikan snek ketika menonton televisyen. Pada hari ini saya ingin kongsikan berkenaan khasiat biji bunga matahari

Khasiat Biji Bunga Matahari
Khasiat Biji Bunga Matahari - Sumber gambar vewonline.org
Beberapa khasiat biji bunga matahari adalah seperti berikut: 

1. Khasiat biji bunga matahari untuk kesihatan jantung
Kandungan vitamin E di dalam biji bunga matahari berperanan mencegah penyakit kardiovaskular. Sebagai antioksida, vitamin E juga mencegah oksidasi kolesterol oleh radikal bebas (elak pembuluh darah tersumbat).

2. Khasiat biji bunga matahari untuk pertumbuhan
Biji bunga matahari mengandungi protein yang baik untuk pertumbuhan badan kita. 100 gram biji bunga matahari mengandungi 21 gram protein. 

3. Khasiat biji bunga matahari untuk melindungi saraf
Kandungan vitamin B1 di dalam biji bunga matahari berfungsi untuk melindungi saraf. 

4. Khasiat biji bunga matahari untuk mengurangkan risiko kanser
Selenium yang terdapat dalam biji bunga matahari mampu mencegah kerosakan sel dan memperbaiki DNA sel. Selenium juga berupaya mengurangkan risiko kanser usus dan kanser prostat. 

5. Khasiat biji bunga matahari untuk kesihatan kulit
Vitamin E yang terdapat dalam biji bunga matahari juga dapat mencegah kerosakan sel kulit akibat sinaran ultraviolet (UV) cahaya matahari. 

6. Khasiat biji bunga matahari untuk kesihatan otak
Kandungan folat di dalam biji bunga matahari sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan ianya juga membantu fungsi otak. 

7. Khasiat biji bunga matahari untuk kesihatan tulang
Kandungan mineral magnesium di dalam biji bunga matahari baik untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. 

Diharap perkongsian berkenaan khasiat biji bunga matahari pada kali ini memberikan informasi baru kepada anda. Oleh itu, usah ragu-ragu untuk menjadikan kuaci sebagai makanan ringan ketika anda menonton televisyen atau bersantai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.