Khamis, 29 Januari 2015

Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPetua Menghilangkan Bau Peti Sejuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Link : Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Baca juga


Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Peti sejuk yang diisi dengan pelbagai barangan seperti buah, sayur dan lauk-pauk pasti menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Petua menghilangkan bau peti sejuk yang akan dikongsikan pada kali ini menggunakan bahan semulajadi atau alami yang mudah didapati.

Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk - Sumber gambar howto-get-rid-of.net
Sebelum ini pernah dikongsikan petua hilangkan bau nasi hangit. Beberapa petua menghilangkan bau peti sejuk yang boleh dicuba adalah seperti berikut:

Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan daun pandan

Simpul beberapa helai daun pandan letakkan dalam peti sejuk. Bau hanyir peti sejuk akan hilang. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan arang

Letakkan seketul arang di dalam peti sejuk dan biarkan ia menyerap bau busuk.


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan kopi

Masukkan sebungkus serbuk kopi ke dalam peti sejuk. Peti sejuk anda akan berbau harum aroma kopi. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan roti

Letakkan sebuku roti di dalam peti sejuk. Bau busuk peti sejuk akan diserap oleh roti. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan limau purut

Hiris nipis buah limau purut dan letakkan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum. 


Diharapkan perkongsian petua menghilangkan bau peti sejuk ini bermanfaat untuk dicuba. Selain itu, jangan lupa untuk mencuci peti sejuk di rumah anda pada setiap minggu dan buang makanan yang telah disimpan terlalu lama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.