Sabtu, 3 Januari 2015

Petua Merawat Selesema

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Merawat Selesema
Link : Petua Merawat Selesema

Baca juga


Selesema yang berpanjangan pasti akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan kegiatan seharian anda juga pasti akan terganggu. Pada hari ini saya akan kongsikan petua merawat selesema tanpa menggunakan ubat. 

Petua Merawat Selsema
Petua Merawat Selesema - Sumber gambar bbaudiology.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua merawat bibir kering. Berikut adalah beberapa petua merawat selesema yang boleh anda dicuba:

1. Petua merawat selesema dengan air suam dan madu
Bancuh 1 sudu madu di dalam segelas air suam. Minum segera dan selesema anda pasti akan berkurangan. 

2. Petua merawat selesema dengan minyak ikan 
Minum satu sudu besar minyak ikan kod (saya suka jenama Scott's Emulsion perisa oren). 

3. Petua merawat selesema dengan sup ayam
Minum sup ayam ketika ia masih panas (boleh juga sup daging). 

4. Petua merawat selesema dengan air
Masukkan sedikit air ke dalam sebelah lubang hidung dan tutup lubang hidung yang sebelah lagi. Hembus keluar air dari hidung. Ulangi bagi kedua-dua belah lubang hidung sebanyak beberapa kali.

Oleh itu, semoga perkongsian berkenaan petua merawat selesema ini boleh anda cuba sendiri di rumah. Jangan biarkan masalah selesema mengganggu anda untuk menjalankan kerja atau aktiviti seharian. 

Jumaat, 2 Januari 2015

Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis
Link : Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis

Baca juga


Selain daripada memiliki tubuh yang langsing, mendapatkan perut yang kempis juga menjadi idaman setiap orang. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan tips pemilihan makanan untuk perut kempis

Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis
Tips Pemilihan Makanan untuk Perut Kempis - Sumber gambar idiva.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai kelebihan kurus. Pengambilan makanan yang bersesuaian merupakan salah satu faktor untuk mendapatkan perut kempis. Beberapa tips pemilihan makanan untuk perut kempis adalah seperti berikut:

1. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Jus buah-buahan
Sediakan buah-buahan seperti lobak merah, epal, buah-buahan beri, tomato, oren, anggur dan betik untuk dijadikan jus. Selain daripada mengempiskan perut, jus buah juga mengenyangkan. 

2. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Yogurt
Perut juga akan buncit apabila terdapat banyak asid di dalamnya. Kandungan probiotik yang terdapat di dalam yogurt mampu membunuh bakteria jahat di dalam usus dan sekaligus melancarkan sistem pencernaan. 

3. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Teh hijau
Amalkan minum teh hijau dua hingga tiga kali seminggu untuk mendinginkan perut dan melancarkan sistem pencernaan anda. 

4. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Brokoli
Kandungan serat yang terdapat dalam brokoli baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan brokoli secara rutin dapat melancarkan sistem pencernaan di samping meningkatkan metabolisme badan.

5. Tips pemilihan makanan untuk perut kempis – Agar-agar 
Agar-agar berasal daripada rumpai laut dan ianya memberikan rasa dingin pada perut. Pengambilan agar-agar dapat melancarkan sistem pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam badan anda. 

Selain daripada memilih makanan, elakkan minum ais atau makan berselang minum air bagi mengelakkan perut buncit. Oleh itu, semoga perkongsian tips pemilihan makanan untuk perut kempis ini bermanfaat untuk anda.