Ahad, 11 Januari 2015

Tips Stabilkan Emosi

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Stabilkan Emosi
Link : Tips Stabilkan Emosi

Baca juga


Emosi seseorang boleh berubah-ubah. Ada masanya seseorang menjadi ceria dan gembira. Namun ada masanya akan berubah menjadi sedih dan murung. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips stabilkan emosi

Tips Stabilkan Emosi
Tips Stabilkan Emosi - Sumber gambar huffingtonpost.com
Kestabilan emosi kita bergantung kepada cara kita mengawal perasaan. Beberapa tips stabilkan emosi adalah seperti berikut:

Minum air kosong secukupnya

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari. Air yang mencukupi membekalkan oksigen ke otak dan melancarkan peredaran darah dalam badan kita. 


Makan secara seimbang mengikut piramid makanan

Makanlah mengikut keperluan badan anda, jangan makan mengikut emosi. Amalkan pemakanan seimbang dengan mengurangkan lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Bersenam secara berkala

Lakukan senaman yang mengeluarkan peluh selama 20 minit setiap sesi sebanyak 3 kali seminggu. Senaman secara berkala membantu merembeskan hormon endorfin yang membuatkan anda berasa ceria. 


Kawal pengambilan ubat

Makan ubat anda mengikut dos yang telah ditetapkan. Sesetengah jenis ubat seperti ubat sakit jantung mampu mempengaruhi perasaan. 


Tidur dan rehat yang mencukupi

Tidurlah secara tetap pada setiap malam iaitu sekurang-kurangnya selama enam hingga lapan jam. 


Jangan segam untuk mendapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah jika anda sukar mengawal emosi. Oleh itu, semoga perkongsian mengenai tips stabilkan emosi pada kali ini memberi manfaat kepada anda. 

Sabtu, 10 Januari 2015

Kelebihan Menggunakan Penapis Air

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kelebihan Menggunakan Penapis Air
Link : Kelebihan Menggunakan Penapis Air

Baca juga


Sebelum ini saya pernah kongsikan salah satu tips membuang toksin dari badan adalah dengan cara minum air yang bertapis. Kali ini saya akan kongsikan pula mengenai kelebihan menggunakan penapis air

Kelebihan Menggunakan Penapis Air
Kelebihan Menggunakan Penapis Air - Sumber gambar jonathanmfg.com
Hampir setiap rumah pada masa kini memasang penapis air untuk air minuman di rumah. Beberapa kelebihan menggunakan penapis air adalah seperti berikut:


1. Kelebihan menggunakan penapis air mudah digunakan
Penapis air hanya perlu dipasang pada paip dan apabila hendak digunakan anda hanya perlu membuka paip sahaja. Ianya tentu mudah digunakan untuk memasak dan minum.

2. Kelebihan menggunakan penapis air dapat menjimatkan kos
Dengan adanya penapis air, anda tidak perlu lagi membeli air bertapis atau air minuman di dalam botol. Sekaligus ianya juga menjimatkan kos perbelanjaan anda. 

3. Kelebihan menggunakan penapis air dapat mengurangkan risiko kanser
Penggunaan air bertapis dapat mengurangkan risiko kanser kolon, kanser rektum dan kanser pundi kencing dengan cara menyingkirkan klorin daripada air.

4. Kelebihan menggunakan penapis air dapat singkirkan toksin
Lebih dari 2,100 toksin yang terdapat di dalam badan kita dapat disingkirkan dengan minum air bertapis.

5. Kelebihan menggunakan penapis air untuk singkirkan logam dan bakteria
Penapis air bermanfaat untuk menyingkirkan bahan pencemar logam dan bakteria berbahaya. Hasilnya air yang lebih bersih dengan bau dan rasa yang lebih baik. 

6. Kelebihan menggunakan penapis air baik untuk sistem imun kanak-kanak
Air bertapis baik untuk membangunkan sistem imun kanak-kanak. 

7. Kelebihan menggunakan penapis air mengurangkan risiko penyakit usus
Minum air bertapis juga dapat mengurangkan risiko penyakit usus lebih daripada 33 peratus dengan menyingkirkan cryptosporidium dan giardia dari air minuman anda.

Oleh itu, pasanglah satu penapis air di rumah anda. Banyak penapis air di pasaran seperti Diamond, Al-Jabbar, Hai-O dan banyak lagi. Semoga perkongsian mengenai kelebihan menggunakan penapis air ini bermanfaat untuk anda.