Tajuk : Petua Sihat dengan Air Putih
Link : Petua Sihat dengan Air Putih
Air putih yang telah dirawat dan dimasak memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan kita. Pada kali ini akan dikongsikan mengenai petua sihat dengan air putih yang boleh anda amalkan setiap hari.
Petua Sihat dengan Air Putih - Sumber gambar duniavita.com |
Sebelum ini telah dikongsikan kelebihan menggunakan penapis air. Beberapa petua sihat dengan air putih adalah seperti berikut:
Ketika bangun dari tidur
Minum dua gelas air putih selepas bangun tidur membantu menggerakkan organ dalaman badan anda.
Sebelum makan (tengahari/petang/malam)
Minum satu gelas air putih 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan dan penghadaman makanan.
Ketika berasa lapar
Minum dua gelas air putih ketika berasa lapar mampu membuatkan perut anda berasa kenyang dengan segera.
Sebelum mandi
Minum satu gelas air putih ketika sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah anda.
Sebelum masuk tidur
Minum satu gelas air putih sebelum masuk tidur membantu mengelakkan serangan jantung atau strok.
Semoga petua sihat dengan air putih ini bermanfaat untuk anda amalkan. Jadikan amalam minum air putih sebagai rutin seharian anda dengan memastikan pengambilan air putih melebihi 8 gelas pada setiap hari.