Tajuk : Tips Membuat Keputusan
Link : Tips Membuat Keputusan
Membuat satu keputusan adalah sukar kerana ianya melibatkan kesan terhadap masa hadapan. Semoga tips membuat keputusan yang akan dikongsikan pada kali ini boleh digunakan sebagai panduan asas.
Tips Membuat Keputusan - Sumber gambar dylansimon.com |
Setiap hari kita dibebani oleh pelbagai masalah terutamanya berkaitan kerjaya,cinta, rumahtangga dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa tips membuat keputusan:
1. Tips membuat keputusan - Lihat pro dan kontra
Fikirkan kebaikan dan keburukan terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat. Berfikirlah secara rasional dan logik dari pelbagai sudut pandangan yang berbeza.
2. Tips membuat keputusan - Berdoa
Berdoalah agar diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang benar. Bagi yang beragama Islam, seeloknya lakukan solat Istikarah.
3. Tips membuat keputusan - Pertimbangkan akibat
Setiap keputusan yang dibuat pasti ada akibatnya. Pertimbangkan dengar sewajarnya mengenai akibat atau risiko yang perlu anda hadapi itu.
4. Tips membuat keputusan - Bertenang
Jangan sesekali membuat keputusan ketika anda sedang marah atau rasa dendam.
5. Tips membuat keputusan - Yakin dan redha
Yakin dan redha dengan keputusan yang anda buat. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali menyalahkan takdir.
Oleh itu, buatlah keputusan yang anda rasakan terbaik. Ingatlah bahawa tiada perkara yang benar-benar sempurna di dunia ini. Jangan sesekali menyesal di atas apa yang terjadi. Semoga perkongsian tips membuat keputusan ini berguna untuk anda.