Rabu, 21 Januari 2015

Petua Merawat Gusi Bengkak

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Merawat Gusi Bengkak
Link : Petua Merawat Gusi Bengkak

Baca juga


Masalah gusi bengkak pasti akan menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan. Kali ini saya akan berkongsi beberapa petua merawat gusi bengkak hanya menggunakan bahan yang terdapat di sekitar rumah anda. 

Petua Merawat Gusi Bengkak
Petua Merawat Gusi Bengkak - Sumber gambar lechenie.bg
Gusi bengkak mungkin disebabkan kesalahan ketika memberus gigi. Beberapa petua merawat gusi bengkak adalah seperti berikut:

1. Petua merawat gusi bengkak dengan garam
Bancuh sedikit garam dengan air suam dan berkumurlah pada setiap hari. Boleh juga letakkan terus garam pada gusi bengkak dan biarkan seketika, kemudian berkumur dengan air suam. 

2. Petua merawat gusi bengkak dengan cecair pembersih mulut 
Campurkan sedikit cecair pembersih mulut (saya suka guna Listerine) dengan sedikit air. Berkumurlah dengan campuran itu dan kemudian berkumur (bilas) dengan air biasa. 

3. Petua merawat gusi bengkak dengan kulit pokok mangga
Rebus kulit pokok mangga bersama air dan sedikit garam sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan ia suam. Berkumur dengan air rebusan pada setiap hari sehingga bengkak berkurangan. 

Sekiranya sakit berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor gigi kerana mungkin gusi bengkak disebabkan masalah lain. Oleh itu, semoga perkongsian petua merawat gusi bengkak ini bermanfaat untuk anda cuba. 

Selasa, 20 Januari 2015

Tips Rambut Cepat Panjang

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Rambut Cepat Panjang
Link : Tips Rambut Cepat Panjang

Baca juga


Rambut ada masanya mengambil masa untuk tumbuh menjadi panjang selepas ianya dipotong pendek. Tips rambut cepat panjang yang akan dikongsi ini boleh dicuba oleh anda yang ingin rambut panjang dengan cepat. 

Tips Rambut Cepat Panjang
Tips Rambut Cepat Panjang - Sumber gambar vizag.cityurb.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai petua merawat rambut secara tradisional. Beberapa tips rambut cepat panjang yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:

1. Tips rambut cepat panjang dengan menyikat rambut
Menyikat rambut dapat merangsang pengaliran darah di kulit kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.

2. Tips rambut cepat panjang dengan minyak zaitun 
Sapukan minyak zaitun di kulit kepala anda dan urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam akar rambut.

3. Tips rambut cepat panjang dengan teh hijau
Urut kulit kepala anda dengan teh hijau dan biarkan ia selama 30 minit. Kemudian bilaslah rambut anda dengan air bersih. 

4. Tips rambut cepat panjang dengan kurangkan penggunaan kimia
Pilihlah produk rambut yang kurang bahan kimia. Kandungan bahan kimia yang tinggi boleh membantutkan pertumbuhan rambut anda. 

5. Tips rambut cepat panjang dengan elakkan mengikat
Longgarkan ikatan rambut anda bagi mengelakkan tekanan terhadap rambut. Jika memakai tudung, pastikan anda membiarkan rambut anda tanpa ikatan ketika berada di rumah. 

Rambut adalah mahkota yang sangat bernilai kepada seseorang individu dan ianya perlu dijaga bagi memastikannya sentiasa sihat. Saya berharap agar perkongsian tips rambut cepat panjang ini bermanfaat untuk anda.