Selasa, 10 Februari 2015

Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit
Link : Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit

Baca juga


Penggunaan produk pemutihan kulit semakin popular pada masa kini. Sehingga ada yang sanggup melaburkan wang yang banyak semata-mata ingin tampil cantik. Perkongsian tips memilih produk pemutihan kulit ini adalah sebaagai panduan asas kepada anda.

Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit
Tips Memilih Produk Pemutihan Kulit - Sumber gambar caryaward.org
Berikut adalah beberapa tips memilih produk pemutihan kulit yang harus diteliti:

1. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan meneliti bahan
Perhatikan bahan yang digunakan dan dosnya. Sekiranya terdapat bahan kimia berbahaya seperti hydroquinone, batalkan niat anda untuk membelinya kerana ia boleh manyebabkan kanser kulit. Pastikan produk itu didaftarkan dan mendapat pengesahan KKM.

2. Tips memilih produk pemutihan kulit mengikut jenis kulit
Jika kulit anda jenis kering, gunakan produk pemutih berbentuk krim manakala kulit berminyak pula sesuai menggunakan produk pemutih berbentuk losyen.

3. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan menguji kesesuaian produk
Cuba oleskan produk pemutih tersebut di bahagian belakang telinga anda (kulit pada bahagian telinga sama dengan jenis kulit pada wajah). Jika berlaku alahan atau iritasi, ini menunjukkan produk pemutih itu tidak selamat digunakan.

4. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan menghadkan penggunaan
Gunakan produk pemutih berasaskan bahan kimia tidak melebihi tiga bulan. Ini kerana proses regenerasi atau pembaikan kulit akan menjadi lebih sukar selepas tiga bulan.

5. Tips memilih produk pemutihan kulit dengan memilih yang semulajadi
Pilih produk pemutih yang mengandungi bahan semulajadi atau alami seperti vitamin C. Seharusnya anda yang memiliki kulit bewarna coklat bersyukur kerana ianya mengurangkan risiko kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Kebanyakan produk pemutihan akan menyebabkan kulit mengelupas dan seterusnya mudah terbakar apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih produk pemutihan kulit. Terdapat produk pemutihan yang tidak mencatatkan bahan berbahaya yang digunakan dan ini semestinya membahayakan pengguna. Semoga perkongsian tips memilih produk pemutihan kulit ini berguna untuk anda.

Isnin, 9 Februari 2015

Tips Penjagaan Gigi Palsu

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Penjagaan Gigi Palsu
Link : Tips Penjagaan Gigi Palsu

Baca juga


Melalui kaji selidik pengguna, terdapat tiga juta pemakai gigi palsu di Malaysia. Penjagaan gigi palsu adalah penting bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik. Kali ini dikongsikan tips penjagaan gigi palsu.

Tips Penjagaan Gigi Palsu
Tips Penjagaan Gigi Palsu - Sumber gambar tupacdds.blogspot.com
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai proses membuat gigi palsu di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips penjagaan gigi palsu adalah seperti berikut:

1. Tips penjagaan gigi palsu ketika memberus
Sebelum memberus gigi palsu, keluarkannya dari mulut. Pilih berus gigi berbulu lembut dan berus perlahan-lahan.

2. Tips penjagaan gigi palsu selepas makan
Bersihkan gigi palsu dengan cara menanggalkannya dari mulut setiap kali selepas makan. Bersihkan sisa makanan yang terlekat pada gigi. 

3. Tips penjagaan gigi palsu ketika tidur
Elakkan memakai gigi palsu ketika tidur. Sebaliknya buka gigi palsu dan rendamkan di dalam bekas berisi air atau pembersih gigi palsu seperti polident bagi mengelakkan ia kekeringan. 

Oleh itu, penjagaan gigi palsu adalah penting bagi memastikan kebersihan yang berkekalan. Jika tidak dijaga dengan betul pasti akan memberi kesan buruk terhadap gusi dan mulut. Diharap perkongsian tips penjagaan gigi palsu bermanfaat untuk pemakai gigi palsu.