Khamis, 12 Februari 2015

Tips Merawat Wajah Kusam

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Merawat Wajah Kusam
Link : Tips Merawat Wajah Kusam

Baca juga


Wajah kusam mungkin disebebkan oleh proses penuaan, tekanan atau terdedah dengan sinar matahari yang berlebihan. Kali ini akan dikongsikan mengenai tips hilangkan wajah kusam yang boleh dilakukan sendiri di rumah. 

Tips Merawat Wajah Kusam
Tips Merawat Wajah Kusam - Sumber gambar street-fashion-trends.com
Perkongsian tips merawat wajah kusam berdasarkan kepada beberapa masalah kulit seperti berikut:

Rawat wajah kusam masalah kulit gelap

Rawat dengan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon atau tretinoin yang ditambah krim pemutih. Beberapa produk pemutih lain seperti kojic acid, arbutin, ekstrak mulberry dan vitamin C. 


Rawat wajah kusam masalah kulit berparut 

Gunakan produk pengelupasan yang mengandungi asid glycolic bagi memperbaiki kesan parut supaya ia tidak kelihatan dalam.


Rawat wajah kusam masalah kulit kendur

Gunakan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin bagi menghapuskan enzim (collagenase dan elastase) yang menyebabkan kualiti kulit merosot.


Rawat wajah kusam masalah pori-pori besar

Rawat wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA. 


Rawat wajah kusam masalah lingkaran gelap bawah mata

Sapukan krim atau serum mata pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan aliran darah dan meningkatkan kadar elastik kulit bawah mata. 


Diharapkan perkongsian tips merawat wajah kusam ini dapat memberikan informasi berguna kepada anda. Perawatan kulit kusam ini perlu dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Rabu, 11 Februari 2015

Kelebihan Senyuman

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kelebihan Senyuman
Link : Kelebihan Senyuman

Baca juga


Senyuman memiliki kuasa yang besar terhadap diri seseorang. Dengan senyuman kita boleh mengubah wajah suram menjadi ceria. Pada kali ini akan dikongsikan mengenai kelebihan senyuman terhadap diri seseorang. 

Kelebihan Senyuman
Kelebihan Senyuman  - Sumber gambar fgm.ind.br
Ketahui beberapa kelebihan senyuman seperti berikut:

1. Kelebihan senyuman membuat diri lebih menarik
Senyuman adalah penyeri kepada wajah seseorang. Apabila kita tersenyum, orang di sekeliling kita akan berasa selesa dan secara tidak langsung diri akan kelihatan lebih menarik. 

2. Kelebihan senyuman boleh mengubah perasaan
Senyuman dapat mengubah perasaan anda menjadi lebih baik dan positif. Jika anda berasa sedih, cubalah pejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam dan senyum. 

3. Kelebihan senyuman boleh berjangkit
Kebiasaannya orang di sekeliling pasti akan membalas senyuman yang dilemparkan kepada mereka. Senyumlah kerana pasti dunia juga akan turut tersenyum. 

4. Kelebihan senyuman meningkatkan imuniti
Senyuman membuatkan anda berasa tenang dan sekaligus sistem imun badan akan bekerja dengan lebih baik. Fungsi imun badan yang terbaik adalah ketika seseorang sedang bertenang. 

5. Kelebihan senyuman menurunkan tekanan darah
Tekanan darah ketika sedang senyum (tenang) pasti lebih rendah berbanding ketika anda sedang marah. Cubalah untuk tersenyum seketika walaupun anda sedang marah. 

6. Kelebihan senyuman membuatkan anda awet muda
Senyuman melibatkan pergerakan banyak otot di muka kita. Dengan senyuman pasti akan mengurangkan tekanan dan menghasilkan muka yang awet muda.

7. Kelebihan senyuman membuat anda kelihatan berjaya
Jika anda tersenyum, pasti anda akan kelihatan lebih yakin, boleh dipercayai dan berjaya. Dengan senyuman pasti orang di sekeliling akan menilai anda lebih baik. 

Oleh itu, banyak kelebihan senyuman kepada diri seseorang. Senyumlah secara sederhana dengan penuh keikhlasan. Namun jangan berlebih-lebih (tersengih seperti kerang busuk) kerana pasti ada orang yang meluat memandangnya.