Rabu, 18 Februari 2015

Petua Pemilihan Makanan untuk Gigi Cantik

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Pemilihan Makanan untuk Gigi Cantik
Link : Petua Pemilihan Makanan untuk Gigi Cantik

Baca juga


Gigi yang cantik memberikankan keyakinan diri yang tinggi kepada pemiliknya. Petua pemilihan makanan untuk gigi cantik ini menggunakan sumber makanan semulajadi atau alami yang mudah didapati di dapur atau peti sejuk anda. 

Petua Pemilihan Makanan untuk Gigi Cantik
Petua Pemilihan Makanan untuk Gigi Cantik - Sumber gambar lawilshireperio.com
Sebelum ini pernah dikongsikan berkenaan tips mencegah nafas berbau di dalam artikel yang lalu. Beberapa petua pemilihan makanan untuk gigi cantik adalah seperti berikut:

1. Petua pemilihan makanan untuk gigi cantik – Susu
Susu kaya dengan kalsium dan fosfor yang baik untuk menguatkan enamel gigi anda. 

2. Petua pemilihan makanan untuk gigi cantik - Ikan Salmon
Kandungan asid lemak omega 3 dan fosfor di dalam ikan Salmon bermanfaat menguatkan enamel gigi. 

3. Petua pemilihan makanan untuk gigi cantik - Lobak merah dan epal
Lobak merah dan epal mampu untuk menanggalkan plak pada gigi serta merangsang air liur untuk membersihkan gigi. 

4. Petua pemilihan makanan untuk gigi cantik – Strawberi
Kunyah strawberi untuk memutihkan gigi anda kerana ia menghasilkan asid malik apabila dikunyah. Boleh juga membaca tips gigi putih lain di dalam artikel yang lalu. 

5. Petua pemilihan makanan untuk gigi cantik – Nenas
Enzim semulajadi di dalam nenas berfungsi menghilangkan plak gigi sekaligus menyingkirkan bakteria yang melekat pada gigi anda. 

Selain daripada pemakanan seperti di atas, penjagaan gigi secara rutin juga adalah perlu bagi mendapatkan gigi yang sihat dan putih. Semoga perkongsian petua pemilihan makanan untuk gigi cantik ini bermanfaat untuk anda.

Selasa, 17 Februari 2015

Tips Berhenti Merokok

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Berhenti Merokok
Link : Tips Berhenti Merokok

Baca juga


Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok, tetapi juga orang lain yang berada di sekeliling perokok. Pada kali ini saya akan kongsikan tips berhenti merokok yang boleh anda cuba praktikkan. 

Tips Berhenti Merokok
Tips Berhenti Merokok - Sumber gambar ahchealthenews.com
Sebelum saya terangkan berkenaan tips berhenti merokok, ketahuilah kesan beberapa bahan kimia yang terdapat di dalam sebatang rokok seperti berikut:

1. Karbon monoksida - mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
2. Tar - menyumbat paru-paru (penyebab kanser).
3. Nikotin - meningkatkan denyutan nadi dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
4. Fenol - melumpuhkan dan memusnahkan lapisan saluran udara yang berbulu.

Tentu anda tidak mahu bahan kimia berbahaya seperti di atas berada di dalam tubuh. Beberapa tips berhenti merokok adalah seperti berikut:

1. Tips berhenti merokok dengan nekad melaksanakannya
Berniat di dalam hati untuk berubah menjadi sihat dengan cara berhenti merokok. Jangan bertangguh untuk mula berhenti. Ingatlah, hanya anda yang mampu mengubah diri anda menjadi lebih sihat.

2. Tips berhenti merokok dengan sokongan keluarga dan rakan
Berterus terang dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai niat anda untuk berhenti merokok. Sokongan dari mereka pasti akan membuatkan anda lebih bersemangat. 

3. Tips berhenti merokok dengan jauhi persekitaran rokok
Buang rokok, pemetik api atau bekas abu rokok sama ada di rumah atau dalam kereta. Elakkan persekitaran yang merangsang anda untuk merokok seperti parti dan disko. Usah malu menolak pelawaan dari rakan-rakan. 

4. Tips berhenti merokok dengan aktiviti luar berfaedah
Jika anda berasa bosan atau tertekan, sibukkan diri dengan melakukan aktiviti luar yang berfaedah seperti bersenam, berenang atau aktiviti lain yang mengeluarkan peluh. 

5. Tips berhenti merokok dengan ambil makanan sihat
Jika berasa ketagihan, kunyah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, betik dan timun. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman yang merangsang keinginan merokok seperti kopi atau arak.

Oleh itu, berhenti merokok adalah jalan terbaik bagi mendapatkan kehidupan yang sihat dan berkualiti. Yang penting kuatkan tekad untuk berubah dan konsisten di dalam melakukannya. Semoga tips berhenti merokok ini bermanfaat untuk anda.