Jumaat, 20 Februari 2015

Kandungan Kolesterol Makanan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Kandungan Kolesterol Makanan
Link : Kandungan Kolesterol Makanan

Baca juga


Pada masa kini terdapat segelintir individu yang tidak peduli mengenai kandungan kolesterol makanan yang dimakan. Sehingga ada yang mengalami masalah obesiti dan mengidap penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. 

Kandungan Kolesterol Makanan
Kandungan Kolesterol Makanan - Sumber gambar lockhetna.in
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai tips kurangkan lemak dalam masakan. Jenis makanan dan tahap kandungan kolesterol makanan (bagi 100 gram makanan) adalah seperti berikut:

1. Kandungan kolesterol makanan paling rendah (0-10 mg)
Jenis makanan : buah-buahan dan sayur-sayuran 

2. Kandungan kolesterol makanan rendah (10-30 mg)
Jenis makanan : keju, susu dan ikan 

3. Kandungan kolesterol makanan sederhana (30-100 mg)
Jenis makanan : daging, kambing, ayam dan sesetengah ikan

4. Kandungan kolesterol makanan tinggi (100-300 mg)
Jenis makanan : limpa, hati, udang, sotong dan mentega

5. Kandungan kolesterol makanan paling tinggi (melebihi 300 mg)
Jenis makanan : ikan masin, udang kering, otak dan telur

Ingatlah bahawa kesihatan adalah anugerah yang paling bernilai kepada seorang manusia. Oleh itu, hargailah kesihatan anda dengan makan mengikut keperluan dan memilih makanan yang tahap kandungan kolesterol makanan rendah. 

Khamis, 19 Februari 2015

Penyebab Kerosakan Rambut

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Penyebab Kerosakan Rambut
Link : Penyebab Kerosakan Rambut

Baca juga


Setiap individu pasti ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik bersinar. Kerosakan rambut bukan hanya terjadi kepada kaum wanita, golongn lelaki juga tidak terkecuali. Pada kali ini akan dikongsikan mengenai penyebab kerosakan rambut

Penyebab Kerosakan Rambut
Penyebab Kerosakan Rambut - Sumber gambar m2hair.wordpress.com
Sebelum ini pernah dikongsikan mengenai petua memilih makanan untuk kesihatan rambut di dalam artikel yang lalu. Beberapa penyebab kerosakan rambut adalah seperti berikut:

1. Penyebab kerosakan rambut akibat hormon
Perubahan hormon dan kadar metabolisme badan boleh menyebabkan kerosakan rambut.

2. Penyebab kerosakan rambut akibat trauma
Trauma terjadi jika terdapat rangsangan kuat akibat rambut ditarik, direntap atau terdedah kepada suhu terlalu ekstrem. 

3. Penyebab kerosakan rambut akibat tekanan
Tekanan menyebabkan kerosakan akar rambut. Selalunya jika kuantiti rambut rosak 100-150 helai sehari, ianya adalah masih normal. 

4. Penyebab kerosakan rambut akibat cuaca panas
Cuaca panas yang terlalu ekstrem atau rawatan kimoterapi juga boleh menyebabkan kerosakan rambut. 

5. Penyebab kerosakan rambut akibat kelemumur
Kelemumur akan melemahkan akar rambut serta menyebabkan rambut rosak dan tidak bermaya. 

6. Penyebab kerosakan rambut akibat meluruskan rambut
Kekerapan meluruskan rambut akan merosakkan akar rambut kerana pelbagai bahan kimia digunakan. 

7. Penyebab kerosakan rambut akibat penggunaan syampu yang salah
Sesetengah syampu membuatkan rambut menjadi kering dan rosak. Seeloknya pilih syampu yang kurang menggunakan bahan kimia. Boleh juga mencuba petua merawat rambut secara tradisional seperti dalam artikel yang lalu.

Kerosakan rambut bagi individu yang berusia 45 tahun ke bawah masih boleh dirawat dengan kaedah rawatan yang intensif. Diharap perkongsian penyebab kerosakan rambut pada kali ini memberikan informasi kepada anda.