Selasa, 24 Februari 2015

Tips Mengurangkan Lemak

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Mengurangkan Lemak
Link : Tips Mengurangkan Lemak

Baca juga


Lemak sering dikaitkan dengan penyebab kepada masalah kegemukan dan penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Tips mengurangkan lemak yang akan dikongsikan ini khusus kepada anda yang ingin hidup sihat.

Tips Mengurangkan Lemak
Tips Mengurangkan Lemak - Sumber gambar burnmybellyfat.com
Secara asasnya lemak terbahagi kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tepu didapati dari hasil haiwan dan sebahagian tumbuhan seperti minyak kelapa dan mentega. Manakala lemak tidak tepu adalah dari sumber tumbuhan seperti minyak zaitun. 

Sebelum ini dikongsikan mengenai keperluan kalori seharian. Pengambilan lemak tepu secara berlebihan menyebabkan peningkatan paras kolestrol. Beberapa tips mengurangkan lemak dengan mudah adalah seperti berikut:

1. Tips mengurangkan lemak - Gantikan dengan kurang lemak
  • Gantikan susu penuh krim dengan susu skim. 
  • Gantikan aiskrim dengan yogurt.
  • Gantikan snek seperti keropok kepada snek buah-buahan segar yang dipotong.
  • Gantikan minyak kelapa sawit kepada minyak zaitun ketika memasak.
  • Gantikan mentega dengan madu asli untuk disapu atas roti.

2. Tips mengurangkan lemak - Elakkan pengambilan
  • Elakkan pengambilan makanan siap proses seperti daging burger atau sosej. 
  • Elakkan makan makanan segera seperti kentang goreng atau burger. 
  • Elakkan makanan digoreng dengan minyak banyak seperti cucur udang dan pisang goreng. 
  • Elakkan pengambilan makanan mengandungi banyak lemak seperti nasi lemak. 
  • Elakkan makan telur kuning. Sebaliknya hanya makan putih telur. 

3. Tips mengurangkan lemak - Ubah cara memasak
  • Tukar kaedah memasak menggoreng kepada merebus, mengukus atau membakar. 
  • Gunakan susu bagi menggantikan santan ketika memasak kari. 
  • Buang lemak dan kulit pada ayam atau daging.
  • Gunakan sos rendah lemak untuk pasta. 
  • Gunakan perahan limau sebagai pengganti dressing

Oleh itu, hadkan pengambilan lemak di dalam penyediaan makanan harian anda. Pasti anda mampu mengubah diri anda dan keluarga menjadi lebih sihat. Semoga perkongsian tips mengurangkan lemak pada kali ini bermanfaat untuk anda.

Isnin, 23 Februari 2015

Petua Asas Kecantikan

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Asas Kecantikan
Link : Petua Asas Kecantikan

Baca juga


Setiap manusia telah dilahirkan cantik. Menjadi tugas kita untuk memelihara dan menjaga kecantikan yang dikurniakan dengan cara yang betul agar ianya berkekalan. Kali ini dikongsikan berkenaan petua asas kecantikan

Petua Asas Kecantikan
Petua Asas Kecantikan - Sumber gambar thesevencollection.com
Sebelum ini dikongsikan berkenaan tips awet muda. Beberapa petua asas kecantikan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

1. Petua asas kecantikan - Penjagaan kulit
Pilih produk penjagaan kulit mengikut kesesuaian kulit. Seeloknya pilih produk yang menggunakan bahan semulajadi atau alami. Amalkan penjagaan harian kulit secara teratur iaitu membersih, menyegar dan melembap. 

2. Petua asas kecantikan - Pemakanan seimbang
Amalkan pemakanan seimbang dengan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Memasak dengan cara yang sihat seperti merebus, mengukus atau membakar agar nutrien di dalam makanan kekal. 

3. Petua asas kecantikan - Minum air
Minum air secukupnya bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Seeloknya minum air melebihi lapan gelas setiap hari. Jika air tidak mencukupi dalam tubuh, kulit akan menjadi kering dan cepat berkedut serta kelihatan tua berbanding usia sebenar. 

4. Petua asas kecantikan - Bergerak aktif
Bersenamlah secara teratur sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu. Senaman yang boleh dilakukan seperti berlari, menaiki tangga atau berjalan laju. Boleh juga membaca kelebihan bersenam.

5. Petua asas kecantikan - Bersolek
Pilih alat solek yang kurang menggunakan bahan kimia. Pakai BB Cream ketika keuar rumah bagi melindungi wajah. Bersoleklah secara sederhana bagi menampakkan wajah yang cantik semulajadi. Boleh juga membaca petua solekan asas

6. Petua asas kecantikan - Menjaga kebersihan
Jaga kebersihan diri anda dengan mandi dan gosok gigi secara rutin. Berpakaian kemas agar diri tampil lebih berkeyakinan. Pilihlah pakaian yang sesuai serta selesa dengan tubuh anda dan tidak terlalu menjolok mata. 

7. Petua asas kecantikan - Kecantikan dalaman
Kecantikan dalaman juga penting kerana ianya melambangkan keperibadian diri. Elakkan perasaan negatif seperti marah, sakit hati atau dengki, sebaliknya sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Boleh juga membaca tips hargai kecantikan dalaman diri

Diharap perkongsian petua asas kecantikan pada kali ini bermanfaat untuk diamalkan. Ingatlah bahawa setiap individu berhak untuk cantik dan ianya perlu disertai dengan usaha yang berterusan tanpa pernah rasa jemu.