Selasa, 3 Mac 2015

Tips Atasi Wajah Cepat Berpeluh

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Atasi Wajah Cepat Berpeluh
Link : Tips Atasi Wajah Cepat Berpeluh

Baca juga


Masalah wajah cepat berpeluh selalu dihadapi ketika cuaca panas. Wajah berpeluh akan menyebabkan solekan anda cair dan kelihatan bercapuk. Pasti keadaan ini akan mencacatkan penampilan wajah anda. 

Tips Atasi Wajah Cepat Berpeluh
Tips Atasi Wajah Cepat Berpeluh - Sumber gambar tumblr.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai petua solekan asas di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengatasi wajah cepat berpeluh adalah seperti berikut:

Solekan nipis untuk wajah cepat berpeluh

Sapu nipis bedak asas dan bedak muka di wajah anda bagi mengelakkannya cair ketika berpeluh. Atau gunakan bedak arab dengan sapuan nipis, jika berpeluh anda hanya perlu menekapnya dengan span dan solekan akan bertambah cantik. 

Ais untuk wajah cepat berpeluh

Tekapkan kulit wajah anda dengan ais sebelum bersolek. Ais akan mengecilkan liang roma di wajah anda dan masalah kulit berminyak juga akan dapat dikurangkan. 

Kertas minyak (blotting paper) untuk wajah cepat berpeluh

Bawa bersama kertas minyak ketika anda menghadiri majlis atau kenduri di tempat yang terbuka/panas. Jika berpeluh, tekapkan wajah anda dengan kertas minyak berkenaan secara perlahan-lahan. 

Penyegar muka (spray mist) untuk wajah cepat berpeluh

Semburkan penyegar muka di wajah anda sebelum bersolek. Penyegar muka dapat mengekalkan kelembapan kulit anda serta mengekalkan solekan yang cantik dan tidak pudar. 

Untuk mengekalkan kelembappan kulit dan mengelakkan kekeringan ketika cuaca panas, banyakkan minum air putih. Oleh itu, bolehlah mencuba tips seperti di atas sekiranya anda juga menghadapi masalah wajah cepat berpeluh.

Ahad, 1 Mac 2015

Tambah Berat Badan secara Sihat

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tambah Berat Badan secara Sihat
Link : Tambah Berat Badan secara Sihat

Baca juga


Terdapat individu yang terlalu kurus dan ingin menambah berat badan mereka supaya unggul. Sehingga ada yang mengambil makanan tinggi lemak semata-mata ingin menambah berat badan dengan cepat. 

Tambah Berat Badan secara Sihat
Tambah Berat Badan secara Sihat - Sumber gambar superskinnyme.com
Makanan tinggi lemak bukan sahaja menyebabkan penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan darah tinggi, tetapi pengambilannya dalam jangkamasa panjang menyebabkan gangguan emosi. Seharusnya anda memahami cara betul menambah berat badan secara sihat berdasarkan pengambilan nutrien seperti berikut:


Karbohidrat untuk tambah berat badan

Ambil karbohidrat sihat seperti beras merah, roti gandum penuh dan bijirin. Makanlah secara kerap iaitu setiap empat jam sekali.

Protein untuk tambah berat badan

Pilih makanan dari sumber protein segar seperti ikan, kekacang, daging dan ayam. Hadkan memakan makanan siap proses seperti sosej atau daging burger.

Lemak untuk tambah berat badan

Pilih lemak sihat seperti omega-3 yang baik untuk jantung anda. Namun perlu makan secara sederhana dan jangan berlebihan.

Vitamin untuk tambah berat badan

Vitamin boleh didapati secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Makan sedikit makanan mengandungi vitamin, iaitu antara lima hingga enam sajian buah atau sayur pada setiap hari. 

Nutrien yang mencukupi diperlukan oleh tubuh anda bagi menambah berat badan secara sihat dan semulajadi. Oleh itu, seharusnya anda mengambil makanan mengikut piramid makanan. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang positif. Anda juga boleh membaca mengenai makanan ketika sedang tertekan di dalam artikel yang lalu.