Ahad, 15 Mac 2015

Tips Rumah tangga bagi Ibu Bekerjaya

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Rumah tangga bagi Ibu Bekerjaya
Link : Tips Rumah tangga bagi Ibu Bekerjaya

Baca juga


Bekerjaya bukanlah alasan untuk seorang ibu mengabaikan urusan rumah tangga seperti mengemas, memasak, mencuci pakaian dan sebagainya. Wanita bekerjaya perlu bergerak pantas dan cekap di dalam menguruskan diri sendiri, rumah tangga dan keluarga. 

Tips Rumah tangga bagi Ibu Bekerjaya
Tips Rumah tangga bagi Ibu Bekerjaya - Sumber gambar en.wikipedia.org
Ibu bekerjaya haruslah kreatif di dalam melaksanakan tugas rumah tangga agar segalanya berjalan lancar. Beberapa tips pengurusan rumah tangga adalah seperti berikut: 

Memasak bagi ibu bekerjaya 

Peruntukkan masa hujung minggu anda untuk menyediakan bahan asas seperti cili dan bawang dikupas atau dikisar serta bahan mentah seperti daging, ikan, ayam dan sayur yang telah dibersihkan. Pekkan dan simpan semua bahan-bahan masakan ini untuk stok lima hari bekerja. 


Mengemas dapur bagi ibu bekerjaya

Sementara menunggu lauk yang direneh atau digoreng masak, cuci peralatan memasak yang telah digunakan. Anda juga boleh mengemas dapur dan mengelap lantai sementara menunggu lauk masak. 


Membasuh pakaian bagi ibu bekerjaya

Basuh pakaian anda sekeluarga dengan mesin basuh pada setiap hari. Bagi pakaian yang telah kering, lipat dan susun dengan segera. Anda boleh meminta bantuan anak yang telah besar untuk melipat kain. 


Menggosok pakaian bagi ibu bekerjaya 

Peruntukkan waktu hujung minggu untuk menggosok stok pakaian anda sekeluarga bagi dipakai selama seminggu. Selain daripada memudahkan kerja anda, bil elektrik juga dapat dijimatkan. 


Mengemas rumah bagi ibu bekerjaya

Peruntukkan waktu hujung minggu untuk mengemas dan membersihkan di dalam dan luar rumah. Jika anak telah besar, ajak mereka untuk sama-sama membantu anda mengemas rumah. Pasti kerjasama ini mengeratkan hubungan anda sekeluarga. 


Oleh itu setiap ibu bekerjaya perlu bijak dan kreatif di dalam merancang rumah tangga. Perancangan yang cekap dan efisyen pasti akan memberi lebih banyak masa untuk anda bersama keluarga tersayang dan tentu dapat mengelakkan tekanan. 

Jumaat, 13 Mac 2015

Tips Bawa Anak Membeli Belah

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Bawa Anak Membeli Belah
Link : Tips Bawa Anak Membeli Belah

Baca juga


Membawa anak pergi membeli belah mengundang padah sekiranya ibu bapa terleka seketika. Tambahan pula keupayaan fizikal serta keyakinan diri kanak-kanak yang semakin meningkat membuatkan mereka berani.

Tips Bawa Anak Membeli Belah
Tips Bawa Anak Membeli Belah - Sumber gambar pixgood.com
Seharusnya anda mengamalkan tips berikut ketika membawa anak pergi membeli belah:

Hafal maklumat diri sebelum keluar membeli belah

Minta anak menghafal alamat dan nombor telefon anda. Pastikan juga anak membawa maklumat asas dirinya yang ditulis pada kertas dan diletak di begnya. Ingatkan anak menunjukkan kertas itu kepada orang yang menjumpainya jika terpisah dari anda. 


Kenali persekitaran tempat membeli belah

Ajar anak mengenali persekitaran tempat membeli belah seperti menunjukkan kaunter pertanyaan atau memperkenalkan pengawal keselamatan melalui uniform yang dipakai. Minta anak anda berjumpa pihak berkenaan jika tersesat. 


Memakai baju warna terang ketika membeli belah

Pastikan anda dan anak memakai pakaian yang bewarna terang. Pakaian yang bewarna terang memudahkan anda mencari anak anda jika mereka hilang dari pandangan mata atau berada di dalam kerumunan orang ramai yang membeli belah. 


Sebaiknya setiap ibu bapa harus peka ketika membawa anak keluar membeli belah. Oleh itu, setiap ibu bapa harus mendidik anak mereka untuk menghadapi kemungkinan sekiranya anak terpisah dari ibu bapa ketika membeli belah.