Tajuk : Makanan untuk Mengawal Penyakit
Link : Makanan untuk Mengawal Penyakit
Makan mengikut perasaan pasti akan mengundang penyakit seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis, kegemukan, kanser dan penyakit jantung. Pengambilan makanan yang tepat adalah penting bagi mengawal penyakit-penyakit ini.
Makanan untuk Mengawal Penyakit - Sumber gambar reciperebuild.com |
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai makanan ketika sedang tertekan di dalam artikel yang lalu. Beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk mengawal penyakit-penyakit seperti di atas adalah seperti berikut:
Kawal penyakit dengan oat
Oat mengandungi beta glucan yang mampu menyerap kolesterol LDL dan menyingkirkannya keluar dari badan anda. Pengambilan dua hidangan oat sehari dapat menurunkan LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu.
Kawal penyakit dengan pisang
Pisang mengandungi vitamin B6 yang menghasilkan serotinin bagi mengurangkan tekanan. Pengambilan pisang dapat mengenyangkan anda dan memberi tenaga dalam tempoh masa yang lama. Pisang boleh dimakan mentah, dimasak bubur atau kek.
Kawal penyakit dengan kacang panjang
Pengambilan kacang panjang dikatakan dapat mengatasi masalah kurang selera makan dan sukar membuang air besar. Ianya juga mengandungi antioksida yang berfungsi sebagai anti virus, anti bakteria dan anti kanser. Ia boleh dimasak tumis atau dimakan mentah sebagai ulam.
Kawal penyakit dengan cendawan
Cendawan merupakan makanan mencegah lemak dan penggalak imun. Jumlah pengambilan yang disyorkan setiap hari sebanyak 28 gram. Anda boleh menambah cendawan di dalam masakan sup, tom yam atau telur dadar.
Kawal penyakit dengan asparagus
Asparagus mengandungi inulin iaitu serat yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Nikmati gril asparagus atau ianya juga boleh dimakan bersama krim sup.
Kawal penyakit dengan salad
Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan dahaga serta melancarkan sistem pernafasan anda. Pengambilan salad juga dikatakan dapat memberi ketenangan serta melapangkan fikiran seseorang. Makan mentah salad sebagai ulam.
Kawal penyakit dengan bawang
Bawang merupakan penambah rasa masakan secara semulajadi yang berupaya melawan rasa lapar. Ianya dikatakan bermanfaat mengubati kencing manis serta meningkatkan prestasi olahraga. Bau bawang mampu menentang penyakit kardiovaskular seperti jantung.
Selain daripada pengambilan makanan seperti di atas, anda juga perlu hadkan pengambilan makanan tinggi gula, karbohidrat dan lemak kerana ianya tidak baik untuk kesihatan anda jika diambil secara berlebihan.