Tajuk : Tips Memilih Kabinet untuk Bilik Tidur
Link : Tips Memilih Kabinet untuk Bilik Tidur
Pemasangan kabinet di bilik tidur adalah praktikal bagi menyimpan barangan seperti selimut, cadar dan bantal yang tidak digunakan. Pemilihan kabinet yang bersesuaian untuk bilik tidur adalah penting bagi membuatkan bilik tidur tampak lebih berseri.
Tips Memilih Kabinet untuk Bilik Tidur - Sumber gambar |
Ukuran kabinet
Ukuran luas dan tinggi kabinet yang akan dipasang seharusnya mengikut kesesuaian ruang bilik. Anda boleh mengukur sendiri atau meminta bantuan jurureka dalaman untuk menyesuaikan ukuran kabinet dengan bilik tidur.
Kualiti kabinet
Sebaiknya pilih jenis bahan yang berkualiti tinggi untuk kabinet supaya ia tahan lebih lama. Pintu kabinet harus dilengkapi dengan engsel kukuh yang apabila ia dibuka atau ditutup tidak akan mengeluarkan bunyi serta tidak mudah tertanggal.
Kesesuaian pintu kabinet
Pilih pintu kabinet yang ditutup secara automatik selepas dibuka. Ianya lebih senyap kerana pintu tidak akan terhempas apabila dilepaskan (pintu sistem gerak perlahan atau slowmotion).
Warna atau corak kabinet
Warna atau corak kabinet seharusnya sesuai dengan dengan corak kertas dinding dan perabot lain seperti katil dan almari solek.
Oleh itu, pemilihan kabinet seharusnya tepat agar ianya sesuai dengan susun atur perabot lain serta corak kertas dinding. Selain daripada memastikan bilik tidur lebih kemas, ia juga mewujudkan ketenangan.