Rabu, 5 Ogos 2015

Petua Elak Rambut Berbuah

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Elak Rambut Berbuah
Link : Petua Elak Rambut Berbuah

Baca juga


Masalah rambut berbuah berlaku tanpa mengira jantina. Ianya berlaku mungkin disebabkan oleh penggunaan produk yang tidak sesuai dengan rambut anda seperti pewarna rambut, gel rambut, minyak rambut atau syampu. 

Petua Elak Rambut Berbuah
Petua Elak Rambut Berbuah - Sumber gambar wom.com
Jika bahan-bahan ini tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan tertinggal pada rambut dan kelihatan seperti biji sawi. Beberapa cara untuk mengelak rambut berbuah adalah seperti berikut:

Mencuci rambut elak rambut berbuah

Amalkan mencuci rambut anda pada setiap hari dengan menggunakan syampu yang bersesuaian. Pastikan sisa syampu dibilas dengan bersih sebelum mengeringkan rambut. 


Menggunakan minyak perapi elak rambut berbuah

Sapukan perapi rambut pada bahagian hujung rambut anda. Elakkan menyapu pada kulit kepala bagi mengelakkannya menyumbat liang rambut. 


Membuat rawatan elak rambut berbuah

Lakukan rawatan khusus untuk tekstur rambut sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Rawatan ini akan melicinkan rambut anda dan mengelakkannya berbuah. 


Selain itu, sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan pastikan anda minum dua hingga tiga liter air setiap hari bagi mengelakkan rambut menjadi kering. Penjagaan kebersihan secara rutin pasti akan mengelakkan rambut berbuah.

Khamis, 30 Julai 2015

Punca Diet Gagal

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Punca Diet Gagal
Link : Punca Diet Gagal

Baca juga


Berdiet adalah usaha yang berterusan dan perlu dilakukan secara rutin tanpa rasa jemu. Ramai orang gagal di dalam usaha diet mereka kerana tidak sabar untuk mendapatkan tubuh idaman dalam jangka masa yang singkat. 

Punca Diet Gagal
Punca Diet Gagal - Sumber gambar marksdailyapple.com
Realitinya pasti mengambil masa yang lama untuk menyingkirkan lemak yang telah lama sebati dengan tubuh. Sebelum ini telah dibincangkan tips kurus dengan kos murah di dalam artikel lalu. Beberapa punca mengapa usaha diet gagal adalah seperti berikut:

Diet gagal kerana bosan dengan rutin

Rutin diet yang sama pada setiap hari membuatkan seseorang mudah bosan. Apa kata sesekali tukar jadual diet. Misalnya jika sebelum ini anda hanya makan ikan masak stim, cuba tukar masakan kepada ikan masak asam pedas. 


Diet gagal kerana badan tidak cukup nutrien

Pastikan makanan yang diambil adalah seimbang iaitu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk tubuh. Selera makan akan bertambah apabila tubuh kekurangan nutrien. 


Diet gagal kerana ingin kurus cepat

Terdapat individu yang sanggup mengambil ubat kurus bagi mempercepatkan proses kurus. Ianya mungkin memberikan hasil yang cepat, namun berbahaya kepada kesihatan. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat. 


Diet gagal kerana tidak berdisiplin

Mungkin ada yang menganggap sesekali melanggar peraturan diet adalah tidak mengapa. Seeloknya cuba disiplinkan diri anda untuk mematuhi jadual diet iaitu pemakanan dan senaman yang telah disediakan. 


Diet gagal kerana makan berlebihan

Jangan menganggap anda boleh makan berlebihan selepas melakukan senaman yang banyak. Selain daripada senaman, pemakanan seimbang juga penting untuk mendapatkan tubuh yang kurus dan sihat. 


Oleh itu, diet yang sihat seharusnya mampu untuk menstabilkan selera makan anda secara berterusan. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan tubuh yang kurus selain daripada terus berusaha dan konsisten.