Ahad, 25 Januari 2015

Petua Kekal Sihat dan Cergas

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Kekal Sihat dan Cergas
Link : Petua Kekal Sihat dan Cergas

Baca juga


Di dalam artikel yang lepas saya pernah kongsikan mengenai tips kuruskan badan tanpa ubat. Kali ini akan dikongsikan mengenai petua kekal sihat dan cergas yang mudah untuk diamalkan oleh setiap individu. 

Petua Kekal Sihat dan Cergas
Petua Kekal Sihat dan Cergas - Sumber gambar celebrationlife.com
Memiliki tubuh yang sihat dan cergas pasti menjadi impian setiap insan. Petua kekal sihat dan cergas yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

Berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas

Amalkan berjalan kaki sekurang-kurangnya selama 30 minit pada setiap hari. Selain daripada melancarkan proses pengaliran darah, stamina dan ketahanan tubuh badan juga dapat ditingkatkan. 


Berfikiran positif untuk kekal sihat dan cergas

Selalu berfikir positif dan optimistik di dalam membuat keputusan atau tindakan. Minda yang positif akan menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas. 


Rahsia cinta/ kasih sayang untuk kekal sihat dan cergas

Perasaan cinta/ kasih sayang baik untuk kesihatan jantung anda. Sebaliknya dengki, marah atau perasaan buruk yang lain akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung.


Minum teh untuk kekal sihat dan cergas

Teh mengandungi antioksida yang bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah. Amalkan minum sekurang-kurangnya secawan teh hijau pada setiap hari. 


Sedut udara segar untuk kekal sihat dan cergas

Peruntukkan masa selama 10 minit pada setiap pagi bagi menyedut udara segar. Ia mampu membuatkan anda berasa segar sepanjang hari. 


Meditasi untuk kekal sihat dan cergas

Meditasi boleh membantu menghilangkan tekanan perasaan anda. Bagi penganut agama Islam, amalan solat sunat pada waktu malam merupakan terapi mental dan fizikal yang baik untuk tubuh badan.


Oleh itu, diharap perkongsian mengenai petua kekal sihat dan cergas ini dapatlah anda amalkan dalam kehidupan seharian. Jangan lupa untuk menghargai kesihatan diri anda agar ianya terus kekal berkekalan. 

Sabtu, 24 Januari 2015

Tips Memakai Kanta Lekap

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Memakai Kanta Lekap
Link : Tips Memakai Kanta Lekap

Baca juga


Pemakaian kanta lekap pada masa kini bukan sahaja untuk individu yang mengalami masalah mata, tetapi juga kepada mereka yang ingin kelihatan lebih cantik. Kali ini saya akan kongsikan tips memakai kanta lekap

Tips Memakai Kanta Lekap
Tips Memakai Kanta Lekap - Sumber gambar birdingisfun.com
Terdapat pelbagai variasi kanta lekap yang dijual di pasaran. Beberapa tips memakai kanta lekap adalah seperti berikut:

1. Tips memakai kanta lekap – Pengendalian kanta lekap
Pastikan tangan anda dicuci bersih sebelum memegang kanta lekap. Pegang kanta lekap di atas tuala kecil yang bersih kerana sekiranya terjatuh ia akan tetap bersih dan mudah ditemui.

2. Tips memakai kanta lekap – Pemakaian kanta lekap
Pakai kanta lekap sebelum anda bersolek dan tanggalkannya sebelum anda mencuci sisa solekan di wajah. 

3. Tips memakai kanta lekap – Pembersihan kanta lekap
Bersihkan kanta lekap secara rutin dengan menggunakan larutan garam atau pil protein bagi mengelakkan protein termendap pada kanta lekap. Simpan kanta lekap dalam bekas yang kering dan bersih.

Seeloknya dapatkan rawatan di klinik mata berkenaan dengan pemilihan serta penggunaan kanta lekap yang sesuai untuk anda. Oleh itu, semoga perkongsian asas tips memakai kanta lekap ini bermanfaat untuk anda.