Tajuk : Tips Putihkan Ketiak
Link : Tips Putihkan Ketiak
Ketiak mungkin menjadi gelap disebebkan kesan pencukur atau bahan kimia deodoran. Walaupun tersembunyi, kesan gelap ini pasti akan merungsingkan. Usah bimbang kerana pada kali ini dikongsikan tips putihkan ketiak menggunakan bahan semulajadi atau alami.
Tips Putihkan Ketiak - Sumber gambar kesehatku.blogspot.com |
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips mencegah bau badan. Beberapa tips putihkan ketiak yang boleh dicuba adalah seperti berikut:
1. Tips putihkan ketiak dengan limau nipis dan kapur
Campur air perahan limau nipis dengan sedikit kapur sirih. Sapu rata di ketiak dan biarkan mengering selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
2. Tips putihkan ketiak dengan bengkuang
Parut bengkuang dan sapu rata pada bahagian ketiak yang gelap. Biarkan ianya mengering selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
3. Tips putihkan ketiak dengan betik muda
Sama seperti bengkuang, parut betik muda dan sapukan pada ketiak anda. Biarkan ianya kering selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Seelokknya lakukan selepas mandi.
Semoga perkongsian tips putihkan ketiak ini boleh anda cuba lakukan sendiri di rumah. Yang penting lakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Kini terdapat juga deodoran yang terdapat di pasaran khusus untuk memutihkan ketiak.