Isnin, 9 Mac 2015

Pencegahan gastrik

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Pencegahan gastrik
Link : Pencegahan gastrik

Baca juga


Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira kanak-kanak atau orang dewasa. Antara penyebab terjadinya gastrik adalah pemakanan yang tidak teratur dan tekanan perasaan. Penghidap gastrik pasti berasa tidak selesa apabila perut sakit. 

Pencegahan gastrik
Pencegahan gastrik - Sumber gambar pixshark.com
Jika anda pernah diserang gastrik, kebarangkalian ianya berulang adalah tinggi. Sebaiknya amalkan langkah pencegahan seperti berikut:

Makan mengikut waktu

Pastikan anda makan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika perut dibiarkan kosong, asid hidroklorik yang dirembeskan dalam perut akan menghakis perut anda yang menyebabkan terjadinya gastrik

Minum air putih

Minum air putih secukupnya bagi mengurangkan kepekatan asid hidroklorik di dalam perut anda. Elakkan minum susu dan minuman berkarbonat (mengandungi gas) kerana ianya boleh memburukkan lagi gastrik

Kurangkan makanan tinggi asid

Kurangkan makan makanan yang berasid tinggi seperti jeruk atau limau dan makanan yang terlalu pedas. Jika mengambil makanan ini, makan bersama makanan lain yang tidak berasid seperti nasi dan sayur. 

Semua langkah-langkah pencegahan seperti di atas perlulah dilakukan secara konsisten pada setiap hari. Sekiranya anda perlu mengambil ubat gastrik, dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu. 

Sabtu, 7 Mac 2015

Petua Mengelak Ikan digoreng Melekat pada Kuali

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Petua Mengelak Ikan digoreng Melekat pada Kuali
Link : Petua Mengelak Ikan digoreng Melekat pada Kuali

Baca juga


Ikan goreng adalah salah satu daripada masakan ringkas dan cepat disediakan. Namun ada masanya ikan yang digoreng akan melekat pada kuali dan akhirnya menjadi hancur atau rosak apabila dibalikkan.

Petua Mengelak Ikan digoreng Melekat pada Kuali
Petua Mengelak Ikan digoreng Melekat pada Kuali - Sumber gambar derekhaines.ch
Beberapa petua untuk mengelak ikan yang digoreng melekat pada kuali adalah seperti berikut:

Kuali bersih elak ikan melekat pada kuali

Kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan perlu dibasuh bersih sebelum digunakan. Jika terdapat sisa masakan melekat pada kuali, ia akan menjadi hangit dan seterusnya menyebabkan ikan melekat padanya. 

Minyak panas elak ikan melekat pada kuali

Masukkan minyak masak yang secukupnya ke dalam kuali. Pastikan minyak masak benar-benar panas sebelum ikan dimasukkan ke dalamnya. Selalunya ikan mudah melekat pada kuali yang minyak tidak cukup panas. 

Asam keping elak ikan melekat pada kuali

Masukkan dua keping asam keping ke dalam minyak masak yang sedang dipanaskan. Apabila minyak sudah cukup panas, goreng ikan seperti biasa. Anda boleh membiarkan asam keping itu atau membuangnya. 

Garam elak ikan melekat pada kuali

Ketika memanaskan minyak masak dalam kuali, taburkan sedikit garam halus ke dalam minyak. Tunggu sehingga minyak benar-benar panas dan kemudian bolehlah menggoreng ikan seperti biasa. 

Hampas kelapa elak ikan melekat pada kuali

Selalunya ikan yang digoreng akan mudah melekat di kuali yang baru. Goreng sedikit hampas kelapa sehingga bertukar warna kuning. Kemudian basuh kuali sehingga bersih dan bolehlah anda menggoreng ikan

Oleh itu, diharap anda dapat menyelesaikan masalah untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali ketika digoreng dengan mencuba petua-petua seperti di atas. Selain daripada cepat, bahan-bahan telahpun tersedia di dapur anda.