Isnin, 29 Jun 2015

Menolak Tawaran Kerja

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Menolak Tawaran Kerja
Link : Menolak Tawaran Kerja

Baca juga


Setelah memohon kerja dan berjaya temuduga, pasti anda akan menerima tawaran daripada beberapa syarikat atau agensi yang berminat untuk mengambil anda bekerja. Pada masa ini anda harus memilih hanya satu kerja yang benar-benar sesuai. 

Menolak Tawaran Kerja
Menolak Tawaran Kerja - Sumber gambar usatoday.com
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai tips semasa temuduga dan contoh soalan dan jawapan temuduga. Apabila anda memutuskan untuk menolak tawaran kerja, seharusnya anda memaklumkan kepada pihak syarikat atau agensi yang berkenaan. 

Anda boleh memaklumkan kepada pihak syarikat atau agensi dengan cara menulis surat kepada mereka. Jangan berlengah untuk menulis surat setelah anda membuat keputusan untuk menolak tawaran kerja

Surat yang ditulis perlulah sopan, ringkas dan tepat. Seeloknya jangan nyatakan dengan khusus sebab anda menolak tawaran kerja. Elakkan juga memberikan alasan negatif seperti persekitaran kerja yang teruk atau gaji yang ditawarkan terlalu rendah. 

Surat menolak tawaran kerja yang ditulis perlulah merangkumi perkara seperti berikut:
  • Alamatkan surat kepada syarikat atau agensi yang menawarkan kerja kepada anda.
  • Maklumat diri anda seperti nombor telefon atau e-mel yang boleh dihubungi. 
  • Ucapkan terima kasih kerana telah menawarkan jawatan berkenaan kepada anda. 
  • Nyatakan secara tepat alasan anda menolak tawaran kerja. Elakkan memberikan alasan yang memburukkan majikan atau syarikat. Berikan alasan seperti telah menerima tawaran kerja lain atau anda memutuskan untuk terus bekerja di syarikat lama.

Oleh itu, pastikan surat menolak tawaran kerja yang ditulis menggunakan tulisan yang jelas dan tiada kesalahan tatabahasa. Ini menunjukkan diri anda seorang yang profesional walaupun anda telah menolak kerja yang ditawarkan. Di dalam artikel yang akan datang akan dikongsikan contoh surat menolak tawaran kerja.

Khamis, 25 Jun 2015

Tips Kurus dengan Kos Murah

- Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali ini , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Kurus dengan Kos Murah
Link : Tips Kurus dengan Kos Murah

Baca juga


Untuk kurus tidak semestinya memerlukan kos yang mahal. Anda juga tidak semestinya perlu membayar untuk ke kelas senaman di gymnasium atau membeli pelbagai makanan tambahan yang mahal. 

Tips Kurus dengan Kos Murah
Tips Kurus dengan Kos Murah - Sumber gambar allaboutvision.com
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips mengawal selera makanan di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips untuk kurus dengan kos yang murah adalah seperti berikut:

Kurus dengan lakukan senaman di rumah

Anda tidak perlu ke gymnasium berbayar untuk kurus. Lakukan sendiri senaman seperti aerobik atau tarian Zumba di rumah dengan kos yang murah. Anda boleh mendapatkan rakaman dari sumber seperti youtube. 


Jika anda suka melakukan kerja rumah, inilah peluang yang harus digunakan untuk menjadi kurus. Jadikan kerja rumah seperti menyapu, mengelap dan membasuh sebagai satu senaman yang menyihatkan. 


Kurus dengan kemudahan sedia ada

Tidak perlu membeli alat senaman yang mahal. Sebaliknya gunakan kemudahan sedia ada di sekeliling rumah anda untuk kurus. Jika rumah anda ada tangga, gunakan ia untuk senaman naik turun tangga. 


Bagi anda yang memiliki basikal di rumah, rajinkan diri untuk mengayuh basikal di luar kawasan rumah. Selain daripada menyedut udara yang segar, anda juga dapat membakar kalori untuk kurus. 


Kurus dengan makanan kesihatan semulajadi

Makanan kesihatan yang siap diproses selalunya harga mahal. Apa kata anda memilih makanan kesihatan berasaskan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang semestinya lebih murah dan mudah didapati. 


Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk anda yang ingin kurus. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa berasa ragu kerana kandungan kalorinya juga rendah. 


Kurus dengan amalkan petua tradisional

Tanyakan kepada orang tua yang anda kenali mengenai petua tradisional yang mereka amalkan untuk menguruskan badan atau mengekalkan bentuk badan. Tentu banyak rahsia yang boleh anda dapat dari mereka. 


Selain daripada menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati, ianya juga tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. Petua tradisional juga selalunya tidak memerlukan kos yang tinggi. 


Oleh itu, banyak cara untuk kurus tanpa menggunakan kos yang mahal dan ada di antaranya telah pun anda amalkan dalam kehidupan seharian. Paling penting adalah keazaman dan usaha yang berterusan untuk kurus.