Tajuk : Tips Kurus dengan Kos Murah
Link : Tips Kurus dengan Kos Murah
Tips Kurus dengan Kos Murah
Untuk kurus tidak semestinya memerlukan kos yang mahal. Anda juga tidak semestinya perlu membayar untuk ke kelas senaman di gymnasium atau membeli pelbagai makanan tambahan yang mahal.
Tips Kurus dengan Kos Murah - Sumber gambar |
Sebelum ini dikongsikan mengenai tips mengawal selera makanan di dalam artikel yang lalu. Beberapa tips untuk kurus dengan kos yang murah adalah seperti berikut:
Kurus dengan lakukan senaman di rumah
Anda tidak perlu ke gymnasium berbayar untuk kurus. Lakukan sendiri senaman seperti aerobik atau tarian Zumba di rumah dengan kos yang murah. Anda boleh mendapatkan rakaman dari sumber seperti youtube.
Jika anda suka melakukan kerja rumah, inilah peluang yang harus digunakan untuk menjadi kurus. Jadikan kerja rumah seperti menyapu, mengelap dan membasuh sebagai satu senaman yang menyihatkan.
Kurus dengan kemudahan sedia ada
Tidak perlu membeli alat senaman yang mahal. Sebaliknya gunakan kemudahan sedia ada di sekeliling rumah anda untuk kurus. Jika rumah anda ada tangga, gunakan ia untuk senaman naik turun tangga.
Bagi anda yang memiliki basikal di rumah, rajinkan diri untuk mengayuh basikal di luar kawasan rumah. Selain daripada menyedut udara yang segar, anda juga dapat membakar kalori untuk kurus.
Kurus dengan makanan kesihatan semulajadi
Makanan kesihatan yang siap diproses selalunya harga mahal. Apa kata anda memilih makanan kesihatan berasaskan bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang semestinya lebih murah dan mudah didapati.
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk anda yang ingin kurus. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa berasa ragu kerana kandungan kalorinya juga rendah.
Kurus dengan amalkan petua tradisional
Tanyakan kepada orang tua yang anda kenali mengenai petua tradisional yang mereka amalkan untuk menguruskan badan atau mengekalkan bentuk badan. Tentu banyak rahsia yang boleh anda dapat dari mereka.
Selain daripada menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati, ianya juga tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. Petua tradisional juga selalunya tidak memerlukan kos yang tinggi.
Oleh itu, banyak cara untuk kurus tanpa menggunakan kos yang mahal dan ada di antaranya telah pun anda amalkan dalam kehidupan seharian. Paling penting adalah keazaman dan usaha yang berterusan untuk kurus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.