Khamis, 11 Jun 2015

Tips Semasa Temuduga

Tips Semasa Temuduga - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniTips Semasa Temuduga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Tips Semasa Temuduga
Link : Tips Semasa Temuduga

Baca juga


Tips Semasa Temuduga

Temuduga adalah langkah permulaan sebelum anda memasuki alam pekerjaan. Ramai calon yang memiliki kelulusan dan kelayakan yang dikehendaki, namun mereka gagal untuk meyakinkan penemuduga untuk mengambil mereka bekerja. 

Tips Semasa Temuduga
Tips Semasa Temuduga - Sumber gambar firstpost.com
Sebelum ini pernah dibincangkan mengenai persediaan menghadapi temuduga di dalam artikel yang lalu. Pada kali ini akan dibincangkan mengenai tips semasa temuduga seperti berikut:

Masuk ke bilik temuduga

Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu. Terus masuk dan beri salam atau ucap selamat (jangan menjenguk masuk dan keluar kepala anda kerana ini menunjukkan anda seorang yang kurang berkeyakinan diri). 


Duduk di bilik temuduga

Jangan duduk selagi tidak dijemput duduk . Ucapkan terima kasih jika diminta duduk. Duduk dengan badan yang tegak dan selesa di atas kerusi dengan kedua kaki di lantai dan tangan di atas paha (elakkan menyilang atau menggoyang kaki). 


Menjawab soalan temuduga

Berikan perhatian dengan mendengar dan memahami soalan yang diajukan. Berfikir dahulu selama beberapa saat sebelum menjawab dengan tenang. Kaitkan jawapan dengan pengetahuan dan pengalaman anda. Jangan abaikan ‘eye contact’ dengan penemu duga ketika menjawab soalan. 


Jangan lakukan semasa temuduga

  • Jangan mengunyah sesuatu di dalam mulut ketika sedang ditemuduga.
  • Jangan menghina atau mencela bekas majikan anda.
  • Jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap.
  • Jangan berbalah dengan penemuduga walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapatnya. 
  • Jangan berbohong jika anda tidak tahu jawapan yang disoal. 
  • Jangan berbincang masalah peribadi anda dengan penemuduga. 


Menamatkan temuduga 

Biarkan penemuduga menamatkan sesi temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana telah memberikan peluang kepada anda untuk ditemuduga. 


Oleh itu, diharapkan artikel mengenai tips semasa temuduga ini berguna kepada anda yang akan menghadapi temuduga. Seterusnya di dalam artikel yang akan datang saya akan kongsikan mengenai contoh soalan dan jawapan temuduga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.