Tajuk : Petua Tradisional untuk Wanita Hamil
Link : Petua Tradisional untuk Wanita Hamil
Petua Tradisional untuk Wanita Hamil
Beberapa petua yang ringkas dan mudah untuk wanita hamil adalah seperti berikut:
Menghilangkan loya wanita hamil
Bersihkan segenggam daun kari dan kisar bersama sedikit air masak menjadi jus. Campurkan jus daun kari ini dengan sedikit perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Kacau sebati dan minum setiap pagi.
Mengatasi kulit merekah wanita hamil
Sesetengah wanita hamil akan mengalami kulit merekah di bahagian perut dan peha. Atasinya dengan cara menyapukan minyak zaitun di bahagian perut dan peha selepas mandi dan sebelum tidur.
Masalah sembelit wanita hamil
Sekiranya wanita hamil mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar, amalkan makan sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air pada setiap hari.
Mudah bersalin wanita hamil
Amalkan minum satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sebanyak tiga kali seminggu ketika kandungan berusia enam bulan. Setelah kandungan mencecah sembilan bulan, amalkan minum satu sudu teh minyak kelapa setiap hari.
Kulit bayi cerah untuk wanita hamil
Wanita hamil harus banyakkan makan sayur-sayuran bewarna hijau seperti bayam dan sawi jika ingin bayi yang lahir berkulit cerah. Pelbagaikan masakan sama ada makan mentah sebagai ulam, mencelur atau menumis.
Oleh itu, banyak lagi petua tradisional yang lain khusus untuk wanita hamil. Seeloknya dapatkan nasihat dari doktor jika masalah berterusan. Semoga petua untuk wanita hamil yang ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.