Tajuk : Persediaan Menghadapi Temuduga
Link : Persediaan Menghadapi Temuduga
Persediaan Menghadapi Temuduga
Pasti anda berasa gembira di saat menerima surat panggilan temuduga untuk jawatan yang anda impikan. Namun bagi anda yang berasa gemuruh pasti memerlukan persediaan awal sebelum menghadapi temuduga.
Persediaan Menghadapi Temuduga - Sumber gambar sscadda.com |
Persediaan maklumat untuk temuduga
Kumpulkan maklumat berkaitan jawatan yang dipohon termasuk profil syarikat, misi, visi, objektif dan skop tugas dengan cara merujuk laman web syarikat, Jabatan Tenaga Kerja atau kaunselor kerjaya.
Persediaan dokumen untuk temuduga
Susun dokumen asal seperti sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan di dalam fail yang sesuai. Susunan haruslah mengikut yang ditetapkan oleh penemuduga. Sediakan juga salinan dokumen dan resume jika diminta.
Latihan sebelum hadapi temuduga
Sediakan soalan-soalan yang mungkin disoal untuk sesi temuduga nanti berserta dengan jawapan. Berlatih di hadapan cermin besar untuk menjawab soalan yang mungkin disoal, pastikan ‘eye contact’ ketika memandang cermin.
Pemilihan pakaian untuk temuduga
Pilih pakaian yang sesuai, kemas dan bersih untuk menghadiri temuduga. Elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan terlalu berwarna-warni. Pakai kasut bertutup bagi menampilkan imej kemas dan profesional.
Penampilan diri untuk temuduga
Potong kuku dan rambut anda supaya bersih dan kemas. Bagi wanita berambut panjang, ikat rambut dengan kemas. Elakkan memakai aksesori secara berlebihan. Bersolek ringkas dan elakkan memakai minyak wangi berlebihan.
Tepati masa ketika temuduga
Pandangan pertama adalah penting di dalam penilaian diri seseorang. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga. Pastikan anda menepati masa dan tiba 30 minit lebih awal sebelum sesi temuduga bermula.
Berdoa untuk hadapi temuduga
Bagi yang beragama Islam, jangan lupa untuk melakukan solat sunat hajat dan berdoa agar diberikan kekuatan dan keyakinan diri bagi menghadapi temuduga. Anda juga boleh bernazar jika mampu tunaikannya.
Oleh itu, persediaan awal yang dilakukan bagi menghadapi temuduga mungkin dapat mengurangkan rasa gemuruh dalam diri anda. Di dalam artikel yang akan datang saya akan kongsikan mengenai tips semasa temuduga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.