Ahad, 7 Jun 2015

Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan

Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan - Hi semua pegunjung Khasiat & Manfaat Petua Warisan, Pada Artikel yang anda baca kali iniPanduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya.Mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda fahami.Baiklah,selamat membaca.

Tajuk : Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan
Link : Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan

Baca juga


Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan

Resume mengandungi maklumat berkenaan latar belakang diri, pendidikan, pekerjaan dan kemahiran seseorang. Resume memudahkan pihak syarikat membuat penilaian awal berdasarkan maklumat yang diberikan. 

Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan
Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan - Sumber gambar therivercitygroup.com
Menulis resume untuk permohonan pekerjaan adalah penting. Beberapa panduan asas di dalam menulis resume adalah seperti berikut:

Maklumat untuk resume

Pastikan maklumat berkenaan diri anda seperti sijil-sijil akademik, sijil ko-kurikulum, salinan kad pengenalan dan sebagainya dikumpulkan. Ini dapat menjimatkan masa anda untuk menulis resume kerana anda tidak perlu lagi mencari maklumat ketika sedang menulis. 


Tatabahasa untuk resume

Tulis dengan ayat ringkas dan mudah difahami. Sekiranya anda tidak mahir menggunakan sesuatu bahasa misalnya Bahasa Inggeris, minta bantuan dari rakan anda yang mahir. Semak ejaan dan tatabahasa supaya tiada kesalahan.


Susunan resume

Tulis resume mengikut urutan isi kandungan yang konsisten dan kemas. Elakkan mencampuradukkan isi kandungan bagi mengelakkan pembaca pening membacanya. Buat resume ringkas dan padat. 


Tulisan untuk resume

Tulis resume menggunakan perisian Microsoft Word. Pilih jenis huruf dan ukuran yang sesuai serta mudah dibaca. Misalnya gunakan tulisan Arial dengan saiz 12. Gunakan kertas berkualiti untuk mencetak resume iaitu A4 dengan berat 80gsm. 


Menyemak resume

Resume yang telah disiapkan haruslah dibaca dan disemak agar ia benar-benar menarik dan berkualiti. Anda boleh meminta bantuan rakan untuk menyemak resume berkenaan. Jangan sesekali memberikan maklumat palsu di dalam resume anda. 


Surat permohonan atau surat iringan untuk resume

Sertakan resume bersama surat permohonan atau surat iringan. Surat iringan perlu ditulis dengan ringkas dan jelas. 


Oleh itu, penulisan resume dan surat iringan haruslah dibuat dengan kemas, ringkas dan padat agar ianya menarik dan mudah dibaca. Gaya penulisan resume dan surat iringan pasti akan melambangkan personaliti diri anda. 

Baca ini juga:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.