Tajuk : Tips Penjagaan Permaidani
Link : Tips Penjagaan Permaidani
Tips Penjagaan Permaidani
Penjagaan permaidani adalah perlu bagi memastikan kualiti permaidani sentiasa terpelihara dan permukaan permaidani bebas dari kuman atau habuk yang menyebabkan penyakit seperti alergi dan sebagainya.
Tips Penjagaan Permaidani - Sumber gambar |
Mengelakkan permaidani berhabuk
Tutup permukaan atas permaidani dengan kain bersih atau gulungkan terus permaidani jika anda hendak meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana permukaan permaidani mudah memerangkap habuk.
Membersihkan permukaan permaidani
Gunakan penyedut hampagas atau vakum untuk membuang habuk dan kotoran di permukaan permaidani. Jika kotoran degil, sebaiknya hantar ke dobi untuk membersihkannya menggunakan sabun khas.
Mengelakkan kuman di permaidani
Jemurkan permaidani di bawah cahaya matahari terik selama beberapa jam setiap sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mencegah pembiakan hama dan kuman pada bulu di permukaan permaidani.
Merapikan permaidani
Jika terdapat benang atau bulu permaidani tercabut, gunakan gunting yang tajam bagi membuangnya. Elakkan menarik menggunakan jari anda kerana mungkin keseluruhan bulu permaidani akan terus tertanggal.
Menyimpan permaidani
Jika permaidani tidak digunakan, bersihkan dan keringkannya sebelum digulung. Kemudian tutup pada bahagian hujung gulungan permaidani bagi mengelakkannya dimasuki habuk atau serangga. Balut keseluruhan permaidani dengan plastik sebelum disimpan ditempat gelap serta pengudaraan baik.
Oleh itu, penjagaan yang betul juga adalah perlu bagi memastikan kualiti permaidani terpelihara. Bagi anda yang memiliki anak kecil juga perlu memastikan permaidani tempat anak anda bermain sentiasa bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan kegunaan ataupun khasiat lain yang anda ketahui.